Wednesday, May 30, 2012

GRAMMAR: ADVERB

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Adverb ialah satu perkataan yang memberitahu kita berapa kerap atau bila atau bagaimana sesuatu perbuatan itu dilakukan. Biasanya ia digunakan selepas kata kerja (verb) dan berakhir dengan "ly" pada akhirannya.
Contoh:-

The children sleep soundly. (sleep = verb , soundly = adverb).

Ayat di atas bukan sahaja memberitahu kita bahawa kanak-kanak itu sedang tidur, malah mereka sedang tidur dengan lena.

Jadi keupayaan menggunakan adverb dengan baik dapat menjadikan ayat kita lebih cantik dan berkualiti. Lihat contoh yang lain.

The dancers dance gracefully. (Para penari itu menari dengan gemalainya).
Hamid usually plays football at the park. (Hamid biasanya bermain bolasepak di padang itu.)

Amacam? Senangkan...
Sekarang mari cuba jawab soalan-soalan yang mamy sediakan. Jika anda mendapat kurang daripada 55%... anda gagal. Selamat Mencuba.

                         

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...