Thursday, October 13, 2011

PEMBURUNAN JERUNG DI SABAH AKAN DIHARAMKAN TAHUN DEPAN!

As salam sume.





Perairan Tawau, Semporna dan Kudat merupakan kawasan perairan tempat tinggal pelbagai spesis jerung. Makhluk majestik penuh misteri ini menarik perhatian para penyelam dari seluruh dunia dan Sabah berjaya meraih RM192.5 juta, hasil daripada aktiviti menyelam.

Namun aktiviti pemburuan jerung di Sabah agak berleluasa. Sume ni pasal nak penuhi permintaan terhadap siripnyer. Kalau singgah ke Pasar Besar Tawau atau Pasar Filipino Kota Kinabalu ader beberapa gerai makanan laut kering yang menjual sirip jerung ini. Harganyer....uiiii mahal. Mamy pon tak sanggup nak nengok harganyer. Ribu-ribulah sekilo. Tu pasal nelayan2 gemar memburu jerung kerana imbalannya amat lumayan. Bila dorang dapat je ikan jerung ni sirip nya kan diambil dan bahagian lain akan dibuang saja. Kesian sungguh!

Akibatnya bilangan populasi jerung di Sabah semakin berkurangan dengan jumlah yang besar. Menurut Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah pemburuan jerung akan diharamkan mulai awal tahun 2012. Beliau berkata, kementeriannya telah mengemukakan kertas kerja bagi pengharaman aktiviti pemburuan terhadap semua jenis jerung di Sabah mulai awal tahun hadapan. Walaubagaimana pun undang-undang ini hanya akan berkuat kuasa di Sabah sahaja. Pemantauan terhadap mana2 pihak yang menjual sirip ikan yu termasuk restoran akan dijalankan bagi mengetatkan penguatkuasaan udang-undang baru ini.

Bagi mamy, memang sudah sepatutnya kita mula sedar akan fungsi ikan jerung terhadap ekosistem semulajadi merin. Jika spesis ini lenyap dari perairan kita, maka keseimbangan rantaian makanan dilaut akan menjadi tidak seimbang. Ketidakseimbangan rantaian makanan ini mungkin akan meninggalkan kesan buruk untuk jangka masa panjang.

Oleh itu KATAKAN TIDAK TERHADAP SUP SIRIP IKAN YU jika anda ingin melihat spesis ini terus hidup untuk tatapan generasi akan datang.

2 comments:

Hanis MY said...

Wahh kat Sabah pun buru jgk huhu siannya...ikan tu

hamzah ian said...

tak penah makan lagi.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...