As salam sume.
Beberapa bulan yang lalu mamy pernah bercerita pasal keajaiban buah durian belanda atau nangka belanda atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil soursop dalam melawan sel2 kenser. Hah! Sapa2 yang ketinggalan tu.., toksa risau. Sila klik SINI
Sesunggunya memang hebat ciptaan Allah S.W.T dan manusia diberikan akal untuk mengkaji dan mengetahui kehebatan semua ciptaannya.
Ok. Hari ni mamy nak story pasal kehebatan buah mngkudu pulak. Jom kita tengok rupa buah dia dulu.
Hah! Inilah buah mengkudu. Nama saintifiknya Morinda Citrifolia. Dia ni ader macam2 nama. ader orang panggil dia Noni, Nono, Kemudu, Lada, Indian Mulberry, Cheesefruit dan macam2 lagi. Buahnya berwarna hijau dan apabila masak ia berwarna putih. Baunya memang busuk. Tapi siapa sangka, disebalik kebusukan buahnya itu tersembunyi khasiat yang sangat baik untuk kesihatan.
Macam mana nak makan? Emmm, ader orang suka makan pucuk nya untuk dibuat ulam. Ader juga orang yang makan buahnya sebagai rojak. Tapi mamy lebih suka minum jusnya. Mamy tak beli! Mamy buat sendiri. Bukannya apa, mamy tak yakin dengan peratus kandungan mengkudu & bahan2 campurannya. Betul ke tak tu. Atau sekadar iklan. Kalau mamy buat sendiri 95% adalah buah mengkudu, 4.5% adalah air & 0.5 % adalah gula. Itu aje campurannya. Tanpa pengawet atau bahan kimia. Lagi puas hati.
Nak tau apa hebatnya mengkudu ni? Menurut kajian saintifik, mengkudu mengandungi 12 kandungan penting seperti xeronine, proxeronine, asid kaproid, beberapa komponen asid amino & lelemak penting, B-D-glucopiranose pentaacetate-2, asperuloside tetra acetate, glukos, vitamin C dan damnacanthol serta beberapa komponen anti-bakteria.
Berdasarkan kandungannya, jus mengkudu sangat baik untuk:-
1. Meredakan tekanan darah tinggi & mengurangkan risiko angin ahmar (strok)
2. Menentang pertumbuhan sel2 barah dan tumur.
3. Menurunkan kadar kolestrol & memperbaiki sistem jantung.
4. Menurunkan kadar gula dlm darah bagi pesakit kencing manis.
5. Memulihkan masalah seksual.
6. Memulihkan masalah lemah badan & keletihan.
7. Mengatasi masalah alahan terhadap makanan laut & resdung.
8. Memperbaiki masalah penghadaman.
9. Memperbaiki masalah pernafasan & athsma.
10. Membaikpulih sel2 tubuh dengan kata lain awet muda.
11. Meredakan radang tekak, gusi & mulut.
12. Memulihkan beberapa penyakit kulit seperti kulat kaki, tumit merekah, kulit kering & bersisik.
Takde main sapu2. Minum je jus mengkudu 2X sehari. Insya'Allah. Tapi jangan lupa.., mulakan dengan Bismillah dan sudahi dengan Alhamdulillah. Sesungguhnya kita digalakkan mencari penawar bagi penyakit yang dihidapi.
Wasalam.
3 comments:
tok nenek kita sejak dulu kala dah mengamalkan makan mengkudu utk kesihatan..org melayu mmg hebat
ni 1st time nana tgk mengkudu...hehe nice info!!
thanks for the info.:)
Post a Comment