Thursday, September 15, 2011

JOM KOMEN BLOG SALAM UKHUWAH


Assalamualaikum. Mamy ni bukan lah pandai sangat nak komen blog orang lain. Blog mamy ni pon bukanya hebat sangat. Takat cukup mata je. Tapi, Insya'Allah, mamy cuba.

Bagi mamy setiap blog tu mencerminkan keperibadian & daya fikir penulisnya. Ia juga mewakili identiti & citarasa tuan empunya.

Setiap insan di muka bumi ini punyai pandangan yang berbeza mengenai sesuatu isu. Itulah uniknya kita yang bernama manusia. Perbezaan pandangan, minat, identiti, citarasa, keperibadian dan idologi itulah yang menjadikan kita saling ingin mengenali. Saling ingin mengisi ruang yang ada dan saling ingin mengupas sesuatu isu dari sudut pandang yang berbeza. Bukankan itu sesuatu yang cukup indah! Bukankah itu sesuatu yang boleh merangsang fikiran sesama kita.

Pada mamy.., apa yang ada di blog Salam Ukhuwah adalah jauh berbeza dari apa yang ada di blog mamy. Cara penulisan & penyampaian yang cukup baik serta berupaya membuat mamy berhenti dan berfikir sejenak. Dari segi dekorasi blog...., mamy takde nak komen. Sebab semuanya nampak manis sesuai dengan penulisnya. Blog ini mempunyai sudut "Baca...Baca" dimana ia amat mudah untuk digunakan bagi rujukan si pembaca.

Aplikasi blog ni juga ringkas dan amat sesuai bagi pembaca2 seperti mamy yang memang malas nak usha banyak2. Sebenarnya bukan malas... tapi tak reti. Ader beberapa blog yang terlalu maju aplikasinya sampai tak mesra pembaca2 seperti mamy ni. Akhirnya mamy keluar dari blog tu tanpa membaca apa2. Kan rugi tu.  Ader juga blog2 yang terlalu berhias sampai mengambil masa yang agak panjang untuk fully load. Akhirnya mamy close je blog tu tanpa melihat isi kandungannya. Ingat, blogwalker punya waktu yang terhad untuk satu blog yang mana dia harus juga pergi ke blog2 yang lain. So kepantasan waktu downloading sesuatu blog tu amat penting.

Akhir sekali, mamy cuma nak ucapkan semoga berjaya kepada Salam Ukhuwah dalam menyampai apa jua mesej kebaikan. Sesungguhnya menyampaikan kebaikan itu adalah suatu ibadat dan demikian jualah sebaliknya.

Wasalam.

2 comments:

Atika Aula said...

tQ kak sebab sudi komen blog saya :)
saya akan cuba perbaiki hasil penulisan dan penampilan blog dari masa ke semasa ~

~gaDiS hiJrah~ said...

suke komen mummy =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...