Sunday, May 8, 2011

SUKANEKA PASTI KAWASAN TAWAU

Hari ni bangun awal betul. Ye lah kan dah seminggu aku dapat surat dari guru PASTI tempat anak aku belajar menyatakan yang hari ni adalah Hari Sukaneka bagi seluruh Tadika PASTI Tawau.

Tapi sejak semalam, hujan tak henti2 mencurah. Hati berbelah-bagi.... nak p ke tak. Jam menunjuk tepat ke pukul 7 pagi. Kami anak beranak masih belum bergerak. Lantas, telepon bimbit ku capai. Segera jari2 mencari nombor telefon cikgu tadika anak aku. Akhirnya kutemui. Tanpa berlengah.., nombor didail. Selang beberapa saat, kedengaran suara lembut mengucapkan salam.

"Walaikum salam cikgu, saya ibu kepada Natasha. Jadi ke sukan hari ni? Hujan lebat ni. Saya masih di rumah ni." Ujarku sejurus mendengar salam guru PASTI yang sememangnya seorang yang lembut dan berbudi bahasa.
"Turun je. Mana tahu hujan akan berhenti sebentar lagi. Kita akan teruskan acara sukan." Balas cikgu yang budiman.
"Iyela cikgu, kami turun sekarang. Terima kasih ye. Assalamualaikum."Ujarku mengakhiri perbualan.

Setibanya kami di Pandang Bandaran, hujan masih turun dengan lebatnya. Seakan-akan matahari enggan menunjukkan diri dan mengakhiri tengkujuh. Kami akur dengan ketentuan cuaca yang tidak menyebelahi.

Kami meredah hujan menuju ke grandstand. Tak usah lah mengharap tempat duduk. Dapat berteduh dari hujan pun dah syukur. Mataku liar mencari-cari guru PASTI anakku atau kaum ibu yang biasa tersua tatkala menghantar dan mengambil anak2 di tadika. Namun hampa. Cuaca sebegini memang sukar untuk bergerak. Semua orang bersesak-sesak di grandstand yang besarnya hanya sekangkang kera. Ada beberapa kanopi yang disediakan turut dipenuhi ibubapa dan anak2.

Aku mulai resah. Lantas aku mengajak anak2 ku meredah hujan sekali lagi untuk ke kantin pelabuhan yang letaknya cuma di seberang jalan. Di sana lebih kering dan selesa. Tambahan pula kami dapat menghangatkan diri dengan makanan dan minuman yang tersedia. Tak ramai orang yang tau kantin pelabuhan boleh dikunjungi oleh orang awam. Sebab itu kantin itu agak lengang sebab hanya kakitangan pelabuhan dan pemandu lori kontena saja yang makan di sana.

Setibanya kami di kantin, aku segera memesan Nescafe nai (susu),  2 Milo nai dan 1 nestum nai beserta 4 pau kacang hitam dan 3 pinggan mihun goreng bertelur mata. Wah.., macam kelaparan betul. Hujan2 begini memang mengundang rasa lapar yang luar biasa. Tidak lama kemudian, pesanan kami sedia terhidang di atas meja. Aku dan 3 orang anak2ku membaca doa dan makan sarapan kami itu. Licin-licau pinggan kami berempat.

Tidak lama kemudian kedengaran pengumuman penting dari grandstand. Sukaneka PASTI telah ditunda ke satu tarikh yang akan dimumkan nanti. Haiiiii....., apa nak buatkan. Cuaca tidak mengizinkan acara sukan berlangsung. Natasya kelihatan hampa kerana tidak berpeluang menunjukkan bakat mewarnanya. Setelah dipujuk, anak kecil ku itu kembali ceria. Aku segera mengambil telefon bimbit dari porch. Nasib baik porch itu kalis air. Kalau tidak, alamat telefon tu pun kuyup dek hujan lebat. Sekali lagi jari2 menekan butan hijau. Kelihatan senarai nama2 orang yang selalu aku panggil. Mataku tertumpu pada nama My Heart. Segera ku dail.

Kedengaran suaranya yang masih mengantuk. Agaknya suami tercinta tidur semula selepas menghantar kami awal pagi tadi. Aku memberitahu yang acara sukan telahpun dibatalkan dan ditunda ke suatu tarikh dan memintanya untuk mengambil kami pulang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...