Monday, May 2, 2011

NASI LALAP

Emmmm.. pernah makan nasi lalap tak? Hah.., ni rupanya.....
v
v
v
v
gambar oleh Oh! Tawau

Hidangan ini adalah antara hidangan yang terpopular di Tawau. Dalam satu pinggan terhidang nasi putih bersama ayam goreng bersalut tepung, timun, kobis dan kacang panjang yang telah dicelur, tempeh goreng tepung, sup dan sambal tumis. Hidangan ini sangat sedap dan menjadi pilihan utama penggemar hidangan nasi.

Rata2 garai kat Tawau ni ader meletakkan menu nasi lalap sebagai menu utama mereka. Tentulah.., sebab ia sangat lazat dengan harga serendah RM5 sepinggan.

Aku pun antara penggemar nasi lalap. Bukan saja aku, malah anak2 dan suami pun memang gemar makan nasi lalap. Bila tiba hujung minggu dan suami mengajak kami bersiar-siap pada waktu malam..., confirm kami akan singgah di gerai "Es Teler" berhadapan dengan highway untuk menikmati nasi lalapnya. Memang best makan kat sana, Sambil menunggu hidangan, para pelangan akan dihiburkan dengan siaran Astro pada TV besar dan hembusan bayu laut yang amat menyegarkan.

Bila makan nasi lalap... tak sedap pakai sudu garpu. Pakai tangan ..... syok habeeeessss! Hehehehe...

So.., sapa2yang berhasrat untuk berkunjung ke Tawau, jangan lupa menjamah nasi lalap kerana kunjungan anda ke Tawau tidak akan lengkap tanpa merasai keenakan hidangan nasi lalap!


5 comments:

Umialya said...

Pasti sedap
ermmm, xpnah makan lg.. hu3

nurul said...

kat kk pn de nasi lalap yg sedap ;)
sgt simple tp kalau sambal sedap...
fuh..meletup...

Anonymous said...

Aaah...Saya ni org tawau, yg bekerja d k.K... Saya jg peminat setia nasi lalap ni. Puas saya mencari nasi lalap yg boleh lawan tawau punya tp tidak ada, org k.K bilang d wisma merdeka la, d karamunsing la,tp saya rasa masi jauh tinggal... TETAPI kini...Saya sudah jumpa nasi lalap tawau yg saya cari selama ni, boleh dikatakan lebih mantap lg drpd beberapa tempat d tawau!! Gerai nasi lalap tawau ni terletak d food court taman indah permai. Gerai ni mmg jual dua jenis jak,nasi lalap dan nasi aspar, bukan gerai nasi campur ya. Gerai dia kecil jak d seblah pisang goreng tu. Saya rekomen semua pergi try sana. Kini saya adalah pelanggan tetap mereka...Jadi, kepada sesiapa yg ingin makan nasi lalap dan nasi aspar,sila la ke gerai nasi lalap tawau, indah permai k.K...Terima kasih.

Anonymous said...

tahun lepas g honeymoon d tawau..dpt jgk la merasa nasi lalap..terbaek..xpernah rasa sebelum nie..daun apa yg diorg pkai ye bt ulam tuh..rasa mcm daun pudina tp bkn...

Unknown said...

Daun ulam yang di campur dalam sambal tu ialah daun cemangi atau sweet basil atau lemon basil.

Kalau nak lihat rupanya, ader kat N3 saya kat link bawah ni.

http://hidayatimohamed.blogspot.com/2012/05/jom-masak-nasi-lalap.html

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...