Wah.., macam dahbersawang dah blog aku ni. Beginilah rutin aku tiap kali bila tiba ujung bulan...., kena prepare kertas ujian bulanan untuk pelajar2 kelas aku. Uihhh.., banyak lagi nak kena siapkan ni sebelum 4 April, dimana Ujian Bulan Mac akan bermula. Hehehehe.... kali ni soalan2 agak susah. Siapa yang belajar dialah yang dapat menjawab dengan baik.
Ok.., kita tinggalkan pasal ujian tu. La ni nak citer pasal jejantas. Kat Tawau ni memang payah nak jumpa jejantas. Cuma ader satu je. Tu pon dibina kat depan sekolah sebab kadar kemalangan agak tinggi kat situ. nak kata jalan raya kat Tawau ni tak sibuk.., emmm tak betul tu. Sibuk giler!! Yang dangerous tu, dorang bawak kreta.., fuh! Dah tau kawasan sekolah.., masih bawak laju2. Tambahan pulak kat Tawau ni memang
banyak kenderaan berat. Yang pelik, orang Tawau ni mang tak takut lintas jalan besar. Jalan 3 lorong pon, dorang selamba je lintas pas tu berhenti di tengah2 garisan jalan sambil tunggu peluang untuk melintas ke seberang. Bahaya betul. Beberapa kawan dari Semenanjung yang datang ke Tawau ni cakap.., orang Tawau ni kalau lintas jalan sain mati. Perasan sungguh tulang tu dibuat dari besi urat tu pulak dari dawai. Tak sayang nyawa betul.., yang penting dorang dapat lintas.
Anyway.., bila dah ader jejantas tu mudah le untuk budak2 sekolah melintas jalan sejauh 4 lorong tu. Tapi.., budak2 yang bersekolah di sekolah tu & menggunakan jejantas tadi kena bayar tau. Emmm.., harganya RM50 sekepala. Kalau ader 4 orang adik-beradik yang bersekolah disitu, dorang kasilah diskaun RM50. So kena bayar RM150 sebulan + yuran bulanannya. Biasalah.., sekolah jenis kebangsaan ni memang kenakan caj bualan untuk semua pelajar2nye.
Apa2 pon, kat dalam dunia ni ader macam2 ragam manusia. Kepada yang mampu, tak pelah kan. Yang penting.., baik ader jejantas atau tidak.., kita kenalah sentiasa menghormati undang2 jalan raya. Ia dibuat untuk kepentingan & keselamatan kita bersama....., pemandu dan pejalan kaki. Pandu cermat jiwa selamat. Kepada pejalan kaki..,melintaslah dengan bijaksana. Hargai nyawa anda.
INGAT.., KITA CUMA ADER SATU NYAWA SAHAJA. Bila nyawa dah melayang.., tiada apa yang dapat mengembalikannya semula.
2 comments:
takkan guna jejantas pun kena bayar..? jejantas persendirian ker
Tak pasti pulak. Yang pasti orang ramai boleh pakai jejantas tu free of charge. Tapi sekolah depan jejantas tu mengenakan caj khas jejantas kepada pelajar2 nya. Pelik kan.
Post a Comment