Sunday, March 13, 2011

HAMPIR MELABUHKAN TIRAINYA

As salam semua. Nampaknya MY SLEEPING ANGEL CONTEST sudah menghampiri penghujungnya. Setakat ini sudah lebih 90 orang peserta bertanding mempertaruhkan angel2 mereka yang tercinta. Aku & rakan sekutu berasa amat terharu dengan sambutan yang sungguh meriah. Terima kasih kami ucapkan.

Sehubungan dengan itu.., tepat pukul 8 malam 14 Mac 2011 contest ini akan melabuhkan tirainya. Semua penyertaan selepas pukul 8 malam tidak akan dilayan.

Jadi sesiapa yang masih ingin menyertai contest ini yang menawarkan 11 hadiah menarik.... silalah segera menghantar penyertaan anda. Kami sentiasa mengalu-alukan penyertaan baru sehingga pukul 8 malam 14 Mac 2011. Cepat!!! Masih ader lebih-kurang 29 jam sahaja lagi sebelum semuanya berakhir.

Untuk itu, nantikan n3 khas penutupan tirai MY SLEEPING ANGEL CONTEST pada malam 14 Mac 2011 pukul 8.05 dimana kesemua wajah2 angel akan dipaparkan sebelum pengauditan dijalankan. Kesemua penyertaan akan diaudit teliti oleh 3 panel juri. Mana2 kekurangan seperti tagging kengkawan, tidak mengLIKE Rombengan CikLuna, tidak meletak banner contest di sidebar atau banner tidak link ke n3 contest, tidak menyertakan id FB atau apa2 kekurangan yang tidak menepati syarat contest akan menyebabkan penyertaan terbatal serta merta.

Semoga, kehadiran contest ini akan mengukuhkan tali silaturtahim di antara kita sesama blogger. Dengan ini  saya sebagai penganjur dan bagi pihak rakan sekutu contest ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf, jika kami berdua ader terkasar bahasa atau terover acting atau apa2 saja yang mungkin telah menyentuh perasaan anda semua. Kami sekadar cuba berlaku adil kepada semua peserta dan menginginkan yang terbaik bagi semua.

May The Best Angel Win!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...