Saturday, March 12, 2011

BERMULANYA CUTI SEKOLAH

Semalam, berakhirlah musim persekolahan selepas murid2 mengambil peperiksaan awal tahun mereka. Cuti sekolah ini akan berlangsung selama seminggu (12 - 20 Mac 2011). Pasti ramai yang telah merancang untuk membawa anak2 pergi bercuti. Bagi mereka yang memandu..., pastikan anda membawa kenderaan anda ke pusat servis untuk memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Ye lah kan.., bukan sahaja anda yang akan berada dalam kenderaan itu, keluarga atau isteri serta anak2 turut menaiki kenderaan itu. Jadi.., pandu dengan cermat dan dalam keadaan cukup rehat.

Kepada IbuLuna yang telah memulakan perjalanan semalam selama 4 hari dari Selangor ke Melaka, kemudian ke Perak pas tu ke Terengganu dan akhir sekali ke Kelantan. Semoga Allah melindungi dan  mempermudahkan perjalanan. Amin.

Aku masih ingat, dua tahun yang lalu.., keluarga ku bersama dengan keluarga 2 orang adik2 aku bersetuju untuk bercuti ke Felda Residence Sahabat yang terletak dalam daerah Lahat Datu dan mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari bandar Lahad Datu.

Jadi kami yang dari Tawau ni memulakan perjalanan seawal pukul 6 pagi kerana perjalanan dijangka mengambil masa kira-kira 5 jam... menaiki 2 kereta. Yelah kan..., ader budak2 kat dalam kereta. So, macam2 lah perangai mereka.., tak dapat nak pandu laju sikit. Tak pe..., pandu cermat jiwa selamat. Adik lelakiku terpaksa bertolak agak petang kerana isterinya masih bekerja dan syif nya dijangka berakhir pada pukul 3 petang.

Kami sempat singgah ke beberapa lokasi antaranya daerah Kunak. Kam tidak masuk ke bandarnya. Sebaliknya hanya berhenti disalah satu kedai makan di deretan kedai sepanjang highway Kunak-Lahad Datu. Dapatlah kami melegan tekak, mengenyangkan perut dan mengosongkan pundi kencing yang penuh sepanjang perjalanan... hehehehe sempat lagi.

Kami tiba di Lahad Datu lebih kurang pukul 10 pagi..., wah sudah jauh tersasar jangkaan waktu dari perancangan sebenar. Tak pe.., kami bukannya nak tergesa-gesa. Namanya pun bercuti. Di Lahad Datu kami berhenti di stesen minyak Shell untuk mengisi minyak, membeli sedikit makanan ringan dan melegakan diri di bilik air. Maklumlah perjalanan masih jauh.

Kami tiba di Felda Residence Sahabat kira2 pukul 1 petang. Suasana resort yang tenang dan indah memukau kami. Pasir putih menghiasi sepanjang pantainya yang bersih. Terasa berbaloi berjalan sebegitu jauh.


Kalau nak tengok lebih banyak gambar sila KLIK SINI .

Kenangan masa di Felda Residence Sahabat benar2 best. Untuk pengetahuan semua Felda Residence ni ader banyak cawangan. Antaranya di Trolak, Pahang, Port Dickson, Kuala Terengganu, Hot Spring Sungkai dan Tekam.

So.. apa lagi... Jom lah cuti2 Malaysia!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...