Tuesday, March 29, 2011

ANIMASI MALAYSIA SEMAKIN HEBAT!!!!





Korang perasan tak yang animasi 3D malaysia sudah semakin bagus dan seronok untuk ditonton. Dulu anak2 aku cukup gemar menonton siri Kacang yang yang disiarkan di TV2. Aku pon join sekali tu. Best jugelah citernya.

Pas tu bila dah pasang Astro, dapatlah kami tengok Upin & Ipin yang bersiaran di TV9. Animasi ini betul2 best! Ianya berkisar pasal budak2 tadika yang menjalani kehidupan mereka sehari-harian. Rancangan ini ke udara setiap hari pada pukul 5.30 petang & 6.30 petang. Kami sekuarga memang suke sangat tengok gelagat Upin, Ipin & kawan2nya. Movie dia pun dah ader. Aku siap beli DVD nya lagi. Olahan citer dalam Upin & Ipin The Movie - Geng Pengembaraan cukup dramatik dengan selitan unsur2 suspen & jenaka. Memang bestlah. Sapa2 yang belum tengok..., apa tunggu lagi! Dapatkan DVDnya sekarang. Masa tonton movie tu, aku cukup bangga tengok produksi anak watan kita. Mereka memang the best!

Sapa yang kenal Datuk Lat.... kartunis berbakat yang telah melakar komik Kampung Boy. Siri animasi Kampung Boy bersiaran di Astro Ceria. Ni pun kegemaran anak2 aku juga. Ia disiarkan dalam 2 bahasa, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Olahan kartun ni berbeza sedikit dari Upin & Ipin. Tapi tetap syok tengok gelagat Mat, Bo, Tak dan Ana.  

Kalau Upin & Ipin serta Kampung Boy berkisar pasal budak2 di kampung. hah!!! BoboiBoy pulak pasal budak2 zaman depan yang mempunyai kuasa adiwira. Animasi ini disiarkan di TV3 setiap hari Ahad pukul 7 malam. Siapa2 yang belum tengok animasi ini, memang rugi. Walaupun mereka mempunyai kuasa adiwira, mereka tetap anak Malaysia yang menghormati orang tua dan masih mengekalkan kepelbagaian kaum di Malaysia serta bekerjasama menentang alien yang cuba menguasai dunia. Jalan ceritanya best dengan selitan jenaka pada dialog.

Apa lagi.., jomlah tengok citer2 animasi kita. Kalau bukan kita yang menyokong produk orang kita.., siapa lagi. Tambahan pulak.., animasi yang disajikan sesuai untuk tontonan semua. Ia tiada unsur2 sensetif yang biasanya terdapat pada siri animasi luar negara.

Cintai Produk Tempatan!.

1 comment:

rasp said...

syabas buat kartonis2 & pakar2 animasi tanahair kita....
maju ke depan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...