Tuesday, February 15, 2011

SIBUK & SAKIT KEPALA

Wahhh hari ni cuti am sempena sambutan Maulidur Rasul. Semoga kita semua beroleh keberkatan dan ketenangan sepanjang hari yang mulia ini. Di taman tempat aku tinggal, ramai sungguh orang buat kenduri. Ader beberapa jiran yang menyembelih kambing untuk kenduri akikah dan gunting jambul. Meriah sungguh.

Aku pulak duduk rumah je.., habiskan lipatan kain aku yang tinggi menggunung. Ni lah bila dah banyak aktiviti yang dibuat..., kelas tuisyen, berniaga kecil-kecilan disamping mengajar anak2 apabila mereka mengulangkaji. Takkan lah sibuk ajar anak orang tapi anak sendiri terbiar pelajaran mereka. Mereka pun memerlukan tunjuk ajar dan bantuan sewajarnya.

Dalam sibuk2 mengemas rumah, lipat kain dan macam2 lagi.., cuaca di luar berubah-ubah. Kejap panas, kejap mendung dan ader tikanya hujan. Yang aku ni sibuk kuar masuk mengangkat cucian yang telah kering dan yang masih lembab apabila hujan turun tiba2. Sakit kepala ni dek hujan. Agaknya.., dunia kita ni dah betul2 tercemar. Air hujan yang turun penuh asid kot.

Kalau dulu.., main hujan tak lah sakit kepala ke, demam ke. elok je.  Masa kecik2 dulu.., aku cukup suka main hujan. Pantang tengok langit mendung.., aku dah siap2 prepare nak kuar main hujan. Sementara menunggu hujan turun.., aku main tanah kat bawah kolong. Bila hujan dah turun..., wah bukan main gembira aku dan adik2. Kami berlari ke sana sini. Lompat atas lopak, bekubang dalam lopak besar.., main kat saliran air.., dan macam2 lagi sampai hujan berhenti. Best betul.!!! Mak cukup marah bila nampak kami balik dengan lumpur penuh satu badan. Hahahahaha. Tapi.., walau mak larang 1000 kali.., kami tak pernah jerak.

Hai... best kalau di ingat kembali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...