Terima kasih kerana mengunjungi laman blogku. Kalau suka ceritaku, tinggalkan respon ikhlasmu. Paling tidak, jerit pada chatbox ku. Sambil tu, sudi2 kan lah menjadi followerku.
Wednesday, February 9, 2011
SEMALAM YANG HANGAT
Pagi semua. Sarapan aper pagi ni? Kami kat sini ringkas je... donat, kuih kacang, popiah, kuih bom dan in case tak cukup..., ader roti beserta kaya & lepa susu. Donat & kuih kacang tu buat sendiri. Donat tu feveret anak2 dan kuih kacang tu... feveret mamy dorang...aku le tu.
Cuaca pagi ni mendung saja. Semalam teramat panas. Samp
ai kami tak lena tido... sebab hangat sangat. Yang pelik tu.., menjelang pukul 2 pagi, anak2 mula pindah ke katil kami sorang demi sorang. Menyebabkan aku dan husband berasa tidak selesa kerana sempit. Kenapa lah dorang ni. Dah lah panas, yang pegi menyerbu katil mamy & daddy malam2 buta ni pehape? Pandai pulak tu nangis kalau diangkat ke katil masing2. Betuah betul.
Alih2 mamy & daddy..., terpaksa berhijrah tido di ruang tamu. Adoi..., kusyen pun kusyenlah. Bila dah ngantuk, tidur berbantalkan kusyen pun sedap juga.
Alarm telefon berdering seawal pukul 5.40 pagi. Kira nak kejutkan kak ngah tuk ke sekolah. Anak aku yang sorang ni mang liat nak bangun pagi. Kena aku jugak yang kejutkan.., kalau tak, tak ke sekolah le tu jawabnye. Haii...budak ni . Betuah betul. Bangkit je.., aku tekezut... rupa2nya si Kak Yang pun ikut berhijrah ke ruang tamu. Ader2 je lah budak2 ni. Konfirm.., semalam memang hangat. Sampai semua orang pindah tempat tido.
Emmm..., sebelum korang kembali berblogwalking, jangan lupa singgah kejap ke Segmen Santai Ahad dan cuba jawab teka-teki yang aku sediakan. Ader hadiah tu. Selamat mencuba.
p.s :- Tadi husband telefon dari tempat keje, katanya bandar Tawau banjir dek air pasang besar. Emmm, fenomena ni semakin kerap berlaku. Nak2 lagi bandar Tawau ni memang berhadapan dengan laut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
adehh kak lapar la pulak tengok kuih donat akak yang gebu2 tuh huhuhu
hik3. Dah cuba jawab teka-teki akak?
My, da beli henpon bru ek?
Bonda.., blom lagi. Ni pakai camera c dady. Kebetulan dia bawak pulang dari opis. Jadik mamy pinjam le. Hihihihi..
Masih memgidam nak telepon baru ni. Tak pe... sabar.
Post a Comment