Friday, February 11, 2011

HAPPY SANGAT....!!!!!

Selamat pagi semua. Hari ni aku sangat happy sal ini hari kedua aku menjalankankan perniagaan kecil2an di rumah. Semalam aku sibuk benar pasal ader ramai jiran yang bertandang ke rumah ku untuk melihat barang2 yang aku jual. Aku bukan meniaga kain atau barang kemas. Cuma barang2 comel seperti folding stool, folded basket, aneka sticker diding, fail folder yang bergambar kartun dan banyak lagi ler. Excited sangat.




Kiut kan. Sambutannya amat memberangsangkan. Bayangkan semalam, kesemua stok fail folder tu (Spiderman & Mickey Mouse biru) habis terjual, manakala zip bag (mickey mouse merah) tu tinggal satu.., itu pun sudah dibooking orang. Kedua2 file ni sesuai di bawa ke sekolah untuk menyimpan kertas2 kerja budak sekolah. Sticker2 comel tu pulak (gambar di tengah) tinggal sedikit je lagi. Folding stool tu kiut sangat. Sekali tengok macam set LEGO. Rupa2 nya stool untuk budak2 duduk. Itu memang dah awal2 habis. Folded basket (warna hitam ader bunga2 putih tu) alahai.... betul hebat. Mudah dibawa, boleh dilipat & boleh dicuci. Itu pun habis laku, siap ader order lagi. Betul2 macam pasar borong le rumah aku ni. Sampai tak sempat update blog. Ish3.

Hari ni, aku akan menerima tambahan stok untuk barang2 tersebut dengan jumlah yang lebih besar. Rasa macam usahawan pulak. Chewah... 

Ok lah nak kira untung dulu ni.... Jumpa lagi

Oppsss!!! Jangan lupa singgah kejap di SEGMEN SANTAI AHAD . Cubalah jawab teka-teki aku ni... Ader hadiah yang menanti anda.

6 comments:

aQi + GenGkey said...

waaaaaaaaaaaaaahhhhh!!!!
sudah ade bisnes...
smoge bisnes anda berjaye hingga ke peringkat seterusnya..:D

kuntumz said...

wah, saya peun tertarik ngan kusi tu??harga bapa???besnya meniaga....caiyok caiyokkk

sicKo^ said...

menariik2.. tak bukak online store ke? klau ada bagi link :)

Hidayati said...

aQi + GenGkey..., alah bisnes kecik2 je. Anyway memang seronok.

Kuntumz.., minat kusi tu ye.. akak pun. Murah je. Akak jual kusi tu RM15 per pc tapi kalau beli 2 akak kasi RM28... tu tak termasuk postage. Sal akak tak rancang lagi nak jual melalui blog. Sekarang ngah dalam rancangan nak buka gerai setiap Ahad kat depan rumah.

SicKo.., sekarang ni tak ader rancangan nak bukak online store. Nanti kot. Tapi kalau ader permintaan boleh kot.

Hidayati said...

Button file tu betul2 dapat sambutan..pasal akak jual RM1.50 je. Sedangkan kat kedai buku ia berharga RM3.90.

Begitu jugak folding stool tu. Competitor akak jual dalam RM19 per pc. Tapi akak jual RM15 je. Untung sikit tak per. Tak bawak mati pon duit tu. Janji kuantiti yang dibeli tu banyak. Lagi banyak orang mampu beli.., lagi besar untung kita. Betul tak.

Itu prinsip ekonomi. Price must meet to demand.

Teringat pulak masa tingkatan 6 dulu.

[ibuLUNAZAHRA] said...

waaaaah best,ble bg catalog harga ni!bole jdik partner.Hha..amik kat mana ni?...calling2 sat!Hha..

beg itam/putih tuh sangat lawa! bkenan den..

krusi mcm lego tuh,mmg naaaaakkkk sangat belikan Luna hri tuh..Hha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...