Sunday, February 13, 2011

SEGMENT SANTAI AHAD DITUTUP


Tika dan detik ini.., maka dengan rasminya Segmen santai Ahad diTUTUP. Kepada yang sudi meluangkan masa berfikir sejenak dan menghasilkan jawapan..., aku ucapkan jutaan terima kasih.

Baiklah.., inilah jawapan yang sebenar...dan klu untuk mengingati perbezaan di antara ketiga-tiganya.

"APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA METEOR, METEOROID DAN METEORITE?"

Ketiga-tiga benda di atas sebenarnya benda yang sama. Ianya ialah cebisan batuan atau besi yang belegar di angkasa lepas dan adakalanya ia tertarik ke bumi kerana tarikan graviti. Jadi, apakah perbezaannya?

METEOR ( "R" bermaksud RUN) - batuan / besi angkasa yang bergerak LAJU seolah-olah BERLARI dan memasuki atmosfera bumi.
METEOROID ("D" bermaksud DANCE) - batuan / besi angkasa yang terapung atau MENARI-NARI diruangan angkasa lepas.
METEORITE ( "TE" bermaksud TOUCH EARTH) - batuan / besi angkasa yang berjaya menembusi atmosfera dan jatuh ke bumi  atau MENYENTUH permukaan BUMI.

Hehehehe... amacam.., senang tak. Jadi.., siapakah pemenangnya? Nantikan pada 16 FEBRUARI 2011 tepat pada pukul 8.15 pagi.. sebab hadiah ni adalah brsempena kelahiran aku... jadi sabar ye...

2 comments:

hazari. said...

lah, ade 'sifir' die rupenye. cesss ~~

Miss Red Apple said...

tengss 4 the info...dah lame dah cari mende ni.. senangla nak ulangkaji untuk UPSR nanti..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...