Friday, February 18, 2011

JADI SPIDERMAN PULAK DIA


Ni lah Maman (Ahmad Danish Aiman). Anak buah aku yang sorang ni memang lasak. Ye lah kan .., nama pun budak lelaki. Bila sampai je kat rumah aku, terus manaja2 dengan aku pas tu manja dengan Kak Yang dia. Bila dah dapat Kak Yang dia.., aku ni dah tak dipedulinya lagi. Bagus juga begitu, tak la susah aku nak buat keje rumah atau ketika aku kena study.



Petang semalam, aku ngah basuh pinggan. Kak Jaja pulak p mengaji dan Caca masih berada di Taska Pasti manakala Ici sedang baring2 di bilik (ngantuk le tuh). Kira dia sorang2 le kat ruang tamu tu. "Kenapa sunyi sangat ye" getus hatiku. Maman ni bila dah bangun tido suara dia sorang je boleh gamat rumah aku ni. Aku syak sesuatu. Budak2 ni kalau sunyi2 tu mesti ader projek dorang tu. So, aku segera keluar ke ruang tamu.

Mak datok....!!!!! Tingginye Maman panjat geriji pintu!!! Sampai atas sekali. Jantung ku bagai nak luluh. Nak ku teriak namanya.., aku takut pulak dia terkejut dan lepaskan tangannya dari geriji tu. Dengan lembut aku panggil dia.
"Man.,turun satu2 ya..." sapaku lembut. Dia menoleh sambil senyum bangga dengan kening berkerut lantas menjawab... " Ya mamy.. satu2.."

Elok dia turun pelan2. Satu demi satu ruang geriji tu dipijaknya sambil tangannya menggenggam kemas. Nasib baik masa tu, nak pulak dia dengar cakap aku ni. Akhirnya dia sampai ke lantai. Aku menyaksikannya dengan penuh debaran tapi amat kagum dengan koordinasinya. Umur nya belum sampai 3 tahun. Setibanya dia di lantai.., terus kudakap sambil menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatannya tadi kerana dikhuatiri akan jatuh. Ntahlah.., dia dengar ke tak tu. Tau jelah kan budak2 ni.., daya imiginasi & keinginan untuk mencuba tu amat tinggi. Jadik sebenarnya, terpulang kepada kita yang dah dewasa ni untuk untuk berfikir & bertindak pantas serta bijaksana dalam menangani situasi yang agak mencemaskan.

Maman..., Maman.. nasib baik kecik. Kalau besar tadi..., Mamy dah pulas telinga tu. Hahahahaha.

2 comments:

sicKo^ said...

kenapa budak2 kecik lelaki suka panjat jeriji tingkap yek.. Saya tgk cousin saya yg kecik2 pun sama gak camtuh.. Anak saya pompuuan, takder lar dia nak gi panjat memanjat.

Anati Soki said...

eheheheh.. time budak2 mmg time nk jadik buas2 nk panjat2.. hehe.. anat dulu pun cmtuh.. hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...