Saturday, February 19, 2011

ABANG CHIK SALAH BANTAL


Sedihnye muka anak mamy yang sorang ni. Mana kan tak, hari ni dia tak dapat ikut kakak2nya p library untuk menyertai Street Smart Lesson For Life. Pepagi lagi, dengan airmata bercucuran dia mengadu sakit leher kerana salah bantal atau salah tido. Abang Chik ni memang macam ni. Tak tahan sakit. Confirm nangis.
Dah aku selawatkan bantal dan tepuk pada leher yang sakit. Ader sapa2 yang tau macam mana nak legakan sakit leher akibat salah bantal ni?


So, bila kakak2 nya balik tadi.., makin bengkak le hati nya tengok "lesen memandu" yg Kak Jaja & Kak Yang dapat kerana lulus ujiian lalulintas masa kat library tadi. Kak Jaja dapat nombor 1 dalam pertandingan memandu kereta kanak2 mnakala Kak Yang pulak memenangi Kuiz ABC Lalulintas dan Permainan Video LaluLintas. So, masing2 dapatlah lesen memandu yang kiut. Si Abang Chik ni jeles giler sampai nangis2 nak ikut esok.

Street Smart Lesson For Life anjuran Petronas ni berlangsung mulai hari ni sampai 6 Mac 2011 di Perpustakaan Daerah Tawau. Ni lah lesen yang Kak Jaja & Kak Yang dapat tu. Tinggal tepek gambar dorang je lagi.



Hai..., nampak gayanya.., terpaksalah si Abang Chik ni memendam rasa sampai lehernya kembali sembuh. Tu lah.., tido lasak sangat. Sampai sakit leher tu.

1 comment:

hazari. said...

hahaha. pernah dengar jugak. tapi tak pernah lak kene. naseb baek.

dengarnye, kalau nak betulkan sakit sebab bantal, kite kene tido balik dengan gunakan bantal tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...