Monday, February 21, 2011

19 & 20 FEB 2011

Emm sekarang dah pukul 4.36 pagi. Mata dah tak boleh tido. Kat luar hujan lebat. Tadi tak de karan. Lama gak. Aku bangun bakar lingkaran nyamuk. Budak2 merengek kepanasan lantas ku selak kain langsir & buka tingkap agar sejuk sikit. Tapi nyamuk tak segan silu masuk bilik aku ni. Nasib baik dah bakar ubat nyamuk.., kalau tak masak kami digigit nyamuk.

Semalam seharian tak update blog. Banyak sangat aktiviti. Bermula dengan Ceramah Maulidur Rasul pada malam 19/2/2011 lepas Isyak di gelanggang serbaguna taman tempat aku duduk ni, pas tu makan d rumah adek. Dia masak tomyam. Sodap! Adek lelaki aku yang tinggal kat Hill Top pon datang jugak. Macam famili gathering pulak. Padahal sume tu tak dirancang. Ye lah, kalau kita nak berkumpul adek beradik tak sememstinya kena rancang dulu. Lainkah kalau dok jauh2. Barulah kena rancang satu tarikh untuk berkumpul dan buat aktiviti bersama.., macam makan2, piknik dan bebagai lagi lah.

Hari berlalu dengan pantas. Pagi Ahad 20/11/2011.., aku bangun awal jugak. Pukul 5.30 pagi dah bangkit menyiapkan jualan. Pagi ni aku merancang untuk bukak gerai depan rumah aku pasal hari ni ader Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Taman Kinabutan. Pasti ramai orang. Jadik aku pon ambik le kesempatan ni tuk tambah sikit duit poket. Hehehehe...

Nak tau aper yang aku jual? Jom tengok.
V
V
V
V
V
V
V
VVVVV
VVV
V




Ya betul!!!! Mee goreng, meehun goreng, telur mata lembu, sosej & fishball yang telah digoreng dengan sedikit serbuk kari. Yam2. Ni sebagai tarikan si perut yang lapar saja. Ader lagi.... jom tengok.

V
V
V
V
V
V
V
VVVVV
VVV
V





Kuang, kuang, kuang... sebenarnya nak promosi barang2 kat atas ni tapi sebagai penarik pengunjung...aku jual lah mee goreng. Hehehehe. Sambil menyelam sambil minum air.

2 perawan aku yang merangkap sebagai assistant gerai.., begitu sibuk membantu menyusun barang jualan. Alhamdulillah. Misi kami berjaya. Bukan saja mee & meehun beserta sosej, telur dan fishball habis terjual,  kami juga berjaya menjual beberapa merchandise terutamanya... folded basket, sticker dan buttoned file. Seronok sangat!!!

p.s: start menulis n3 pada pukul 4:36 subuh tadi. Tapi siapnya pukul 9:10 pagi. Asyik takde letrik je. NI lah Tawau ni.. bila hujan lebat je.. letrik asyik mati je.

2 comments:

munna said...

Alhamdulillah... habis ye semuanya.... rajin anak akak tolong ye...

hazari. said...

wah, tak penah lagi update pukul 4 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...