Saturday, January 1, 2011

PENCARIAN 100 FOLLOWERS DAN 100 JURU KOMEN TERPANTAS ANAK MAMA'S BLOG 2011




Aku terpanggil untuk menyertai pencarian ini. PENCARIAN 100 FOLLOWERS DAN 100 JURU KOMEN ini anjuran blogger Anak Mama. Syarat2 penyertaan ada di sini

Aku ingin mempertaruhkan post ini:-

Aku sangat suka pada kanak2. Bagiku mereka ibarat malaikat kecil yang mewarnai kehidupan kita. Mereka juga ibarat kanvas putih yang sedia menanti untuk diwarnai oleh kita yang bergelar orang dewasa. Salah terapan ilmu maka rosaklah lukisan yang terhasil. Mereka ibarat permata yang perlu digilap agar cahayanya bergermelapan menerangi lorong2 kehidupan.

Ke mana aku pergi, aku sering peka kepada anak2 jiran yang inginkan bantuan memperbaiki pencapaian matapelajaran mereka. Lantas aku melaksanakan idea untuk membuka kelas tuisyen yang lebih berkonsepkan belajar secara berkumpulan atau study group. Aku berusaha untuk meningkatkan tahap keyakinan mereka dengan memberi peluang untuk mereka berbahas dan mengemukakan idea2 bernas mengenai suatu topik dalam suatu subjek. Aku pula bertindak sebagai pembimbing dan memberi mereka idea2 mudah untuk menjawab soalan2 Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Tahun 2010, aku hanya mampu untuk membuat 2 sessi belajar dengan 10 orang pelajar. Pencapaian mereka di sekolah amat membanggakan! Tahun 2011, aku mensasarkan pengambilan 15 orang. Setakat ini pendaftaran pelajar baru amat memberangsangkan dengan penerimaan 13 orang pelajar yang tinggal di sekitar taman kediamanku.

Sungguhpun bilangannya kecil, namun aku akan cuba memaksimakan tenaga & minda untuk membimbing mereka sehingga berjaya. Insya'Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...