Salam indah di pagi yang ceria! Sebenarnya aku ni baru bangun. Biasalah...semalam tido lewat. Bukan kerana ke pub atau berpeleseran. Cuma adakan sedikit jamuan sementara menunggu detik 12 malam.
Jamuan diadakan di rumah Dean. Adik aku ni mempunyai studio editing video & gambar sendiri kat rumah dia. So ramai jugaklah tetamu yang datang. Tukang masak..? Sapa lagi, aku dan adik perempuan aku lah. Menu kami ringkas je... ayam panggang golek, ayam goreng berempah, selada timun, butter kek dan nasi putih.. beserta dengan air NEscafe 'o' panas kegemaran kami.
10 minit lagi nak pukul 12, aku dan adik aku segera membawa anak2 kami yang 10 orang ni p menonton pertunjukan bunga api besar-besaran yang saban tahun di adakan oleh Tawau Golf Club. Bapak2 mereka... layan tetamulah. Tepat pukul 12 malam.., langit cerah bersinar dek percikan bunga api yang sungguh besar dan indah. Anak2 kami ni, tak henti2 bersorak riang tatkala melihat percikan bunga api yang beraneka bentuk rupa. Si kecil Aliya, mulanya tu nangis ketakutan dek bunyi kuat umpama bom meletup. Tapi setelah dipujuk, dia pun ikut enjoy sekali ngan abang2 & kakak2nya yang leka bersorak riang.
Aku gembira sekali dapat berkongsi keindahan menyambut tahun baru bersama anak2 & keluarga tercinta. Tanpa kita sedar, ada orang lain yang tak dapat berbuat demikian dan ada juga yang memang tak suka bersama keluarga ketika menyambut saat gembira seperti ini. Sayangi & hargai keluarga yang kita miliki..semasa susah dan senang.
Dipenghujung hari, mereka sajalah yang kita ada tatkala kesusahan menimpa diri. Selamat Tahun baru 2011 & semoga kita semua akan menjadi yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya.
3 comments:
azam tahun 2011, susah-senang..sama-sama!
okay tak?
bonda tag mamy.
simple GA.
http://lunazahra.blogspot.com/2011/01/mama3h-giveaway.html
Wah.. azam yang bagus! Thanks sebab tag mamy. Sat mamy buat ya...
Post a Comment