Menurut Kamus Dewan, lancang bermaksud kata2 atau perbuatan yang mengandungi unsur2 kebiadapan dan kesat. Sementara lantang pula membawa maksud suara atau bunyi yang kuat. Lantang juga membawa maksud orang2 yang berani menyuarakan pendapat.
Emmm... macam belajar BM pulak kan. Tak delah. Sebenarnya cam ni..., sepanjang aku berblogwalking, mencari kawan baru & memperluaskan ilmu pengetahuan..., ader gak aku terterjah blogger2 yang LANTANG bersuara tapi dengan nada yang LANCANG.
Bukan nak tunjuk pandai atau nak perasan bijak. Aku pun baru saja berblogging. Belum panjang pun langkah blogwalking ku. Tapi aku tertanya-tanya..., perlukah kita menjadi LANCANG untuk menjadi orang2 yang LANTANG? Tak bolehkah suara2 LANTANG itu disusuli dengan bukti dan fakta yang nyata?
Rasulullah S.A.W. adalah seorang yang LANTANG bersuara tetapi penuh dengan KELEMBUTAN pada setiap tutur katanya. Baginda menyuarakan KEBENARAN dengan bukti yang nyata. Setiap bait ayat yang keluar dari mulut baginda begitu lembut tapi penuh dengan ketegasan. Tiada cucuk-mencucuk, hentam-menghentam, maki- memaki, panas-memanas dalam kamus hidup baginda. Sehingga ke hari ni, KELANTANGAN SUARA BAGINDA TERUS KEDENGARAN.
Ini membuktikan bahawa LANTANG bersuara itu perlu dialuni dengan kelembutan.... agar yang mendengar atau yang membaca asyik dengan KEBENARAN yang cuba kita sampaikan.
5 comments:
thanks mamy sbb suka ngn decoration header bonda yang baru belajar tu..
risau jugak klu tetiba darah mamy naik sbb tak suka..huuhuu..kejutan d pagi hari ek?
ramai da follower mamy,baru sebulan berblog..tahniah..tak lama lagik bole la berDomain sendiri da..
nak msg mamy gthu pasal header tu,tp takde lam num..lgpon bonda taktau mamy da ade hp ke blom..so msg kat num dady je..
#rindu nak makan nasi kuning mamy..aiiiiihhh napa la takde da ayahJ fly g tawau..mee tauhu oh mee tauhu..
ops..tak terkejut bonda berjaya carigali gambar2 mamy yg kiut2-kiut itu,,heheheh..ni kess insomnia la..
uit...memang kena entry nih
sekarang nih ramai orang buat blog untuk maki hamun
Beza Antara HARIMAU MALAYA Dan HARIMAU MALAYSIA
Boleh ker cara ni naikkan TRAFIK ?
so.. lantang is a lot better than lancang la. haha.. bru nmpk perbazaan secare kasar nye.. ingatkan lebih kurg.
Bonda..., memang suke sangat ngan header baru tu.
Princess Momoy..., saje meluahkan apa yang terbuku di benak tiap kali berblogwalking.
Hazari..., lantang & lancang memang jauh berbeza. Macam langit dan bumi. So, better jadi lantang dari lancang.
haha, harap2 x de ttuka da pasni.. adeii ~~
Post a Comment