Sunday, January 2, 2011

GIGIT2 SAYANG 3

Hormati pasangan kita.., salah satu lagi kunci kebahagiaan hidup berumahtangga. Kalau dulu hidup single, tak yah nak pikir banyak. Aku suka, aku buat..., tapi masih banyak hati yang perlu dijaga dan dihormati. Mak bapak, adik-beradik, keluarga terdekat dan kawan2 karib. Mereka tentu tak suka kita buat yang bukan2 atau perkara2 yang boleh menjatuhkan air muka mereka.

Samalah ceritanya bila dah kawen. Cuma situasinya lebih serius kerana ia melibatkan bukan sahaja perasaan suami & isteri tetapi air muka rumahtangga mereka. Bertelingkah & salah faham memang tak lepas dari hidup berpasangan dan sebagai isteri aku tak boleh melampaui batas walau pun hati panas membara. Suami adalah khalifah dan dia layak dihormati sebagai khalifah.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda.." Sekiranya Allah mengizinkan seorang manusia sujud pada manusia yang lain, maka aku akan menyuruh para isteri sujud pada suami mereka." Begitu tinggi martabat seorang suami. Suami pula wajib menghormati & menyayangi isterinya.

Oleh itu jagalah pertuturan kita terhadap suami. Jangan sesekali memarahi suami didepan kawan2 nya kerana itu akan menjatuhkan maruahnya apabila dia berada di luar rumah.

Selepas bertelingkah jangan berpakat dengan anak2 untuk memboikot dia. Sebaliknya buat seperti biasa tanpa membebel. Bila sejuk nanti, pasti dia akan bersuara dan memujuk.

Akhir sekali, jangan biarkan suami berlapar kerana kita takda mood nak masak untuk dia. Tindakan ini mengudang bahaya yang lebih besar.

Oleh itu, hormatilah suami selagi dia menghormati kita selayaknya. Jangan jadikan pertelingkahan, medan untuk kita menjadi derhaka. Sebaliknya, jadikanlah  ia sebagai tempat untuk membetulkan kesilapan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...