3 orang lagi anak aku akan berada di sidang petang. Maya di Tahun 3, Daniel di Tahun 1 dan Caca di Tahap 1 Tadika Pasti. Semua bangun awal pagi ni. Daniel dah tak sabar nak pakai baju sekolah barunya. Sejak pukul 7 pagi tadi dia dah tanya bila nak p sekolah.
Daniel ni memang berani. Masa hari pertama masuk Pra sekolah, aku tak dapat hantar dia ke sekolahnya sebab aku daftarkan adiknya c Caca di Pasti. Daddynya pulak outstation. So, on that very 1st day of school, dia naik bas sekolah sorang2. Aku hanya mampu berpesan pada memandu bas sekolah untuk tolong hantarkan dia sampai gate pra sekolah. Padahal itu lah pertama kali dia ke sekolah! Daniel tidak seperti kakak2 dan adiknya yang masuk sekolah seawal usia 4 tahun. Sejak lahir, dia sangat bergantung kepada ubat untuk penyakit asthma yang dihidapinya. Sehingga usianya 5 tahun, boleh dikatakan tiap2 bulan kami ke klinik untuk mengambil ubat dan rawatan pam. Itu tak termasuk lagi dia dilarikan ke hospital tengah2 malam dek serangan asthma.
Dia bukan sahaja mengidap asthma, malah dia juga ada hydrocel atau burut pada sebelah kanan testikelnya. Oleh kerana dia kerap diserang asthma, pembedahan untuk membuang lendir pada testikelnya terpaksa ditunda beberapa kali. Akhirnya pada 25/1/2010 dia menjalani pembedahan tersebut. Ni gambar2 nya semasa dalam wad.
Syukur alhamdulillah, hari ini dia akan berada di tahun 1 dengan keadaan yang sihat. Asthmanya sudah mulai kurang. Sepanjang tahun lalu, hanya sekali dia diserang asthma. Harap2 tahun ini keadaanya semakin baik.
8 comments:
kuat semangat daniel ni..
besar jadi org berguna eh...
mudah-mudahan..
anty doakan semoga daniel sihat sentiase yea. Be A Good Boy yea nanti dah besar boleh tolong n jage mummy n daddy tau. Luv u daniel :D
Selamat bersekolah okeh :D
sedihnya baca...tapi daniel kuat semangat... have fun to school k! seronoknya siap2 anak untuk ke sekolah..
hey bang chik..
da besar ek..
ingat lagi, bang chik mulakan langkah pertama kat uma mama d chuan ann..
mlangkah sorg2 tanpa sengaja time tu..& now masih teruskan perjalanan..
bang chik, teruskan bersih & kemas, insyallah tahun ni dpt anugerah lagi..nt suh mamy take picture piala tu ek..
#mamy d tag disini.
http://lunazahra.blogspot.com/2011/01/bmydania-1st-giveaway.html
Trima kasih semua. Semoga berkat doa kalian, Daniel akan berjaya. Insya'Allah.
Bonda, thanks tag mamy dalam GA tu. Nanti mamy buat ye.
mamy.
da check nama kat sini.
http://damiaqish.blogspot.com/2011/01/contestants-baby-in-black-white-contest.html
qaseh tersenarai tau.
contest blck & white tu.
cek gambar qaseh kat slide show,hope bjaya bawak hadiah la yea.
Ye ke bonda. Nanti mamy check. Bru on line ni. Tadi p bawa c caca bergambar.
ISh bestnya die nak pie sekolah…
Cant wait for my turn plak hanta my son to school!! :)
Post a Comment