Tuesday, December 7, 2010

Mandi-manda di Semporna Holiday Resort, Kg. Tampi Tampi

Hari ni best sangat. Aku, suami & anak2 pergi mandi laut di sebuah resort yang cantik.


Terletak lebih kurang 105km dari Tawau dan perjalanan kami mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Bila sampai di sana, hati teruja melihat kejernihan air laut sehingga anak2 ku terkinja-kinja tat kala terlihat tapak sulaiman di dasar laut. Hati tak sabar untuk terjun & menikmati kesejukan air laut.

Ku sangka cetek.... rupa2 nya dalam melebihi ketinggian ku. Aku panik seketika tat kala anak2 ku pun mulai turun mengekori ku. Segera ku panggil suami yang sedang bertelefon untuk memberikan kami life jaket . Segera life jacket itu ku sarungkan kelima-lima anak2 ku. Aku pon tak mau kalah. Pakai juga life jacket. Maklumlah, aku pun takut juga dengan air dalam. Selesai memakai jaket, kami terjun ke dalam air... kecuali anakku yang ke3 (Daniel) & yang ke4 (Natasha).

Mereka cuma berani berendam kaki di tepian.
Dalam seronok2 berendam, teringat suami yang masih berada di beranda. Kesian dia. Aku lupa bawakan baju mandinya. Tiba2 suamiku memanggil anak ku Natasha & mereka berlalu pergi. Hati tertanya, ke manakah gerangannya mereka berdua? Beberapa minit kemudian mereka kembali semula, tapi kali ini ku lihat suamiku membawa set snorklingnya.

Lantas dia masuk ke air dengan hanya memakai spender & baju Paul Smith nya. Aku geli hati melihatnya. Dia pun mencuba set snorklingnya itu. Beberapa kali dia tertelan air. Rupa2nya... tupe nya bocor. Kesian lagi dia.
Tanpa disedari hari telah beransur petang. Teringat pula pada ibu dan ayah cik Luna. "mana mereka ni?" bisik hati yang kian gusar. Takut pula mereka sesat. Maklumlah mereka dah lama tak balik Sabah. Hampir pukul 4 barulah mereka sampai. Patutlah mereka lambat sampai, rupanya setiap signboard mereka gambar. Maklumlah, mereka nak abadikan setiap detik perjalanan mereka. Ada2 saja mereka ni.


Petang semakin suram dan senja hampir menjelma. Kami berangkat balik. 3 orang anak2 ku (Jaja, Maya & Daniel) beria-ia nak ikut kereta bonda . Biarlah mereka. Aku, suami & dua anak ku (Natasha & Qaseh) terus balik ke Tawau, sementara mereka masih ingin pusing2 Semporna.
Masa gambar2 ni di ambil, kami dah berkemas untuk balik. Kebetulan telefon ku termasuk dalam mesin basuh. Habis rosak. Sakitnya hati....Jadi, kebanyakan aksi2 kami tidak dapat diabadikan dalam bualan kali ini. Insya'Allah, lain kali aku akan lebih bersedia. Kena beli telefon baru la tu kan.... sendiri mau ingatlah.
Apapun, kami sekeluarga happy sangat hari ni. Esok Maal Hijrah. Nak buat apa pulak ye... Emmm Tunggulah

5 comments:

Haruddaini Halim said...

ada tak contack no. resort yg u stay ni?

Hidayati said...

Takde lah Haruddaini. Resort ni dekat je ngan Tawau. So, kami tak stay overnight kat sana. Pegi pagi, pulang petang. Somang tak perasan contact no. nyer.

framichele said...

Hallo,
Do you have a homepage / website about the Semporna Holiday Resort?
I have interest to stay there for holidays - but cannot find contact
address...
Greetings from Bavaria,
br. Michael

Hidayati Mohamed said...

Here's more infomation about Semporna Holiday Resort.
http://www.etawau.com/PlacesInterest/SempornaHolidayResort.htm

framichele said...

Thank you very much: there I have all informations

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...