Wednesday, December 8, 2010

CEMAS 10.10.10!!


09.10.10: Beberapa hari ni hujan kerap turun. Suasana menjadi sejuk.Segala-galanya berjalan seperti biasa. Aku sibuk berkemas untuk membawa anak2 bermalam di rumah adik ku yang lebih mesra dipanggil umy oleh anak2ku. Tiba-tiba aku perasan nafas anakku Natasha (Caca) bernada pendek2. Aku risau dia kan diserang asma. Dari 5 orang anak2ku, 4 orang adalah pengidap asma. Dan dari 4 orang itu, 2 orang masih sering diserang asma akut.

Segera ku gapai inhaler lantas kupam ke mulutnya melalui chamber. Setelah 2 kali pam dia masih tidak menunjukkan tanda2 reda. Segera ku panggil suami & kami pergi ke Klinik Family. Dia menerima rawatan pam ventolin. Asma nya reda. Aku lega. Setelah mengambil ubat, kami pun pulang ke rumah adikku. Setelah melihat keadaan selamat, suami ku pergi ke airport untuk menemui ayahnya cik Luna .
Kelihatan anak2ku mulai mengosok-gosok mata tanda mengatuk. Aku pun mula menyiapkan tempat tidur untuk mereka beradu.




Seperti biasa, aku dan adikku berbual-bual sambil meneguk air nescafe 'o' kegemaran kami. Seketika kemudian aku terdengar kembali nada nafas Caca yang pendek2.

Dia mula menangis kerana susah bernafas. Sekali lagi kugapai inhaler lantas kupam ke mulutnya. Keadaannya masih sama. Aku risau. Segera ku telefon suami menyatakan keadaan Caca.
Selang beberapa minit suamiku tercegat di depan pintu. Agaknya dia memandu 120km/j. Kami segera ke Hospital.
09.10.10 - 11.45pm : Kami tiba di Wad Kecemasan Hospital Tawau. Dia terus dibawa ke Asthma Bay. Di sana dia di periksa & diberikan rawatan pam Salbutamol. Selepas dipam, dia d rehatkan selama 30 minit. Setelah direhatkan & diperiksa, keadaan asmanya belum menampakkan tanda2 positif. Dia dipam sekali lagi. Selepas 4 kali pam, gambar X-ray diambil. Keadaan Caca masih tidak berubah. Aku mula cemas. Sudah 6 jam kami di asthma bay. Sinar pagi pun sudah kelihatan.
10.10.10 - 06.15am : Caca di masukkan ke wad kritikal kanak-kanak. Perasaanku berbaur camas, sedih dan risau. Apalah nasib anak tercinta. Aku menemani anakku manakala suamiku pulang ke rumah untuk mengambil pakaian untuk kami di wad. Setelah diperiksa oleh doktor pakar, dia diberikan rawatan pam selang sejam. Kasihan kulihat dia terbaring dengan bibirnya yang pucat. Caca ni seorang anak yang periang,&lincah. Umurnya baru 4 tahun. Dan kalau dia bercakap, masih terdengar pelatnya.
Tidurnya tenang tetapi nafasnya masih berbunyi keras. Sesekali dia bangun sambil mengadu sukar bernafas. Rawatan pam selang sejam terus berlangsung sehingga pukul 11 pagi di mana keadaan Caca telah beransur reda. Kini rawatannya berselang 2 jam, kemudian 3 jam dan akhirnya pada pukul 3.45 petang, Caca dipindahkan ke wad kanak2. Aku mengucap syukur tak terkira. Sepanjang pagi aku berdoa agar anak yang dikasihi pulih. Di wad inilah kami 'berkampung' selama 3 hari. Dia mula dan  aku gembira dengan perubahannya.
13.10.10 - 10am : Kami diberikan khabar gembira. Caca sudah boleh pulang ke rumah. Kami 2 beranak berpelukan. Rasa rindu terhadap anak2 yang lain semakin membara. Tidak sabar untuk pulang ke pangkuan mereka.

Sekarang : Caca masih mengikuti temujanji di Klinik Pakar Kanak-kanak, Hospital Tawau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...