Tuesday, December 21, 2010

SEKADAR MEMBERITAHU

Lamanya tak menulis. Hari Ahad yang lalu, adik tersayang, Aniek  telah mengadakan kenduri sempena kereta baru dorang. Ramai tamu yang datang. Yg tak dijangka tu... pukul 12.30 malam pon masih ader orang yang nak bertamu. Sebagai tuan rumah yang baik... disambut jugak tamu tu. Klu aku dah lama kunci pintu & tido. Penat bah tu.
Hari tu kami masak 3 jenis masakan je. Ayam halia bersos tiram, Daging masak kicap & sup makaroni. Tukang masaknya.... aku dan adik aku ni lah. Rata2 memuji masakan kami tu. Kembang gak kejap idung kami bedua dek pujian tamu. Hehehehe....
Ingat lagi tak cerita pasal anak aku Natasha Balqis dalam post cemas 10.10.10. Pagi ni, sampai masa untuk dia berjumpa doktor pakar. Syukur kerana asmanya sudah berkurangan. Berdasarkan ujian kesihatan & paru2 beserta X-Ray. Doktor mengesahkan dia sudah pulih buat masa ini & dia hanya akan berjumpa doktor dalam jangka masa 3 bulan akan datang. Tapi dia kenalah dipam 2 kali sehari dengan inhaler berwarna coklat & jika ader tanda2 serangan mesti segera dipam dengan inhaler berwarna biru.
Jika pembaca nak tau... inhaler berwarna coklat (Beclometasone Dipropionate) adalah preventer atau pencegah. Disedut 2 kali sehari. Manakala yang biru (Ventolin) pula adalah reliver atau pelega. Disedut hanya apabila adanya tanda2 serangan asma.
Pesakit asma ni sangat sensetif pada habuk. So, casing (badan plastik) inhaler tu masti dicuci selang seminggu. Sekiranya pesakit memakai aero chamber, seluruh set chamber itu mesti dibasuh sebelum & selepas digunakan.
Cara mencuci aero chamber:
1. Tanggalkan bahagian2 chamber yang boleh tertanggal. (pastikan anda bole pasang balik dengan betul)
2. Cuci dengan cecair pencuci yang lembut tanpa mengunakan span atau kain. Gosok dengan jari setiap bahagian & ceruk chamber untuk memgeluarkan sisa habuk & membunuh kuman.
3. bilas sampai bersih.
4. Biarkan kering. Jangan keringkan dengan kain atau tisu. Sangat dikhuatiri, sisa tisu atau kain terlekat pada chamber. Dan apabila digunakan, sisa tisu atau kain akan tersedut oleh pesakit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...