11.12.2010 - Hari ni mendung saja. Dari pagi hingga ke petang, sang suria seakan malu menampakkan wajah. Aku beria-ria nak bawa anak2 jalan2 di bandar.
Segera ku bangunkan suami yang memang lebih suka tidur pada Sabtu & Ahad. Rehat katanya. Hehehehe,,,kesian dia. Melihat gelagatku yang sudah siap berlipstick & semerbak dek semburan minyak wangi Dream keluaran BodyShop pemberiannya, dia bingkas bangkit lantas mencapai tuala untuk mandi bersiap. Anak2 yang leka bermain Plant vs. Zombi segera meninggalkan pc tat kala melihat mamy mereka siap melaram. Si Ebby (Qaseh), anak bongsu ku bertanyakan ke mana kita nak jalan? Sambil tersenyum aku menjawab, mamy nak jalan..., kalau Ebby nak ikut..., kena pakai cantik2. Sepantas kilat dia menarik tanganku untuk pilihkan baju yang lawa.
Siap! Kami pun bertolak. bandar Tawau tak lah jauh dari tempat tinggal kami. Cuma 5 batu setengah je. Destinasi pertama.., POTONG2. Hehehehe bukan potong yang bukan2. Tapi potong rambut. So kami terus ke Jenny Saloon.
Aku serabut sungguh bila tengok dua perawan ku ni. Rambut dorang panjang & lawa tapi dorang ni tak reti nak ikat rambut. Suka betul urai rambut. Sampai aku kadang kala aku panggil mereka ni pontianak. Hehehehe jahat mamy dorang ni. So hari ni dorang akan POTONG RAMBUT. Bila dah siap, lawa anak2 mamy ni. Kali ni dorang potong ader stail sikit, siap ader ekor kat belakang. Tak pelah, dorang p sekolah pun pakai tudung gak. Si Daddy & Abg Chik (Daniel) pun tak mau kalah. Siap handsome dengan potongan rambut mereka.
Sebelum
Lepas POTONG2 rambut, perut pun mula berkeroncong. Segera kami serbu Restoran Sri Keningau. Di sana memang sedap2 makanannya. Kalau ke sini, cubalah ayam goreng kampung & roti canainya. Kuahnya cecah roti canainya agak lain sedikit dari restoran mamak. Tapi hari ni kami semua kelaparan. So, kami memilih untuk makan nasi campur. Di sini ader pelbagai jenis lauk yang dimasak segar. Dari ulam & sambal belacan sehinggalah pelbagai jenis masakan berasaskan ikan, ayam, daging, telur & sayuran. Sungguh menyelerakan. Harga pun berpatutan. Aku dan suami memilih ayam kurma, sayur tauge tumis ikan masin, sayur kobis campur, ayam goreng kampung & ikan masak pindang sebagai santapan kami sekeluarga. Wah sungguh sedap sampai anak2ku sedikitpun tidak bersuara, konsentret betul dorang makan.
Selesai makan, kami jalan2 pusing bandar. Lebih kurang pukul 4.45 petang, kami berjalan menuju ke Jalan Apas, dan terus balik ke rumah.
Esok, aku nak pergi menziarahi mak. Dah beberapa minggu aku tak jenguk mak. Terasa rindu pulak.
No comments:
Post a Comment