Ada orang suke makan kaki ayam ada pula yang langsung tak boleh masuk tekak.. belum sampai tekak, pandang je pun dah geli. Biasalah.. lain orang lain seleranya..
Kat rumah.. cuma suami dan kak ngah Jaja (anak mami) je yang tak layan kaki ayam. Yang lain memang penggemar hidangan kaki ayam terutama sekali c bungsu Ebby.., tak kiralah sama ada di masak sup, masak lemak, goreng tepung atau masak kicap ala Cina. . Kalau bawak c Ebby ni p belanja kat supermarket, dia pasti akan ke bahagian frozen dan tunjuk kaki ayam.. suh beli lah tu.. hehehe..
ni lah Ebby (Nur Qaseh Ayiesha)
So, semalam akak sediakanlah masakan favret budak kecik yang tak berapa nak kecik ni..
Ha.. ni lah dia.. Kaki Ayam Masak Kicap ala Cina.
Resepi ni mudah je tapi kena masak awal tau sebab proses penyediaan mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam setengah ke 3 jam dan ada langkah keselamatan. Sebab masa nak goreng kaki ayam tu.., punyalah dasyat.. dapur kita tu macam medan tempur. Tapi, hasilnya memang berbaloi bagi penggemar masakan ni. Ok, jom kita tengok bahan-bahannya dulu ye.
FASA 1 (PERAP, GORENG DAN RENDAM)
Bahan Perap:-
12 pasang kaki ayam (bersihkan dan buang kuku, kemudian belah 2)
3 sudu makan kicap pekat
Setengah sudu teh serbuk lada putih
Minyak untuk menggoreng.
cara:-
1. Campur semua bahan kecuali minyak dan perap selama setengah jam.
2. Sediakan kuali / presure cooker. Masukkan minyak dan terus masukkan ayam yang dah di perap tadi. Pastikan semua kaki ayam tenggelam. Tutup. Goreng dengan api sederhana.
3. Goreng ayam hingga betul2 garing tau. Bukan setengah masak ke aper.. mesti..WAJIB GARING baru resepi ni menjadi.. che..
PERINGATAN:- JANGAN TUNGGU MINYAK PANAS BARU NAK MASUK KAKI AYAM! Konfirm meletup sana sini tu. Kalau nak balik2 kan ayam, SILA KECILKAN API & TUNGGU LETUPAN MINYAK KAT DALAM KUALI REDA. Ha barulah selamat.
4. Lepas angkat terus masukkan kaki ayam tadi ke dalam bekas berisi air. macam gambar kat bawah ni. Kalau paip je.. kalau ader air tapis lagi elok sebab mami rendam kaki ayam ni ngan air tapis. Ni nak kena rendam selama 1 jam.
Ha.. ni lah rupa dia bila dah direndam.. kembang dan berkedut. Tu yang mahal tu.. hehehehe.. Lepas ni boleh lah mula masak kicap ala Cina kita tu.
FASA 2 (TUMIS BERKUAH, HIDANG DAN MAKAN....hihihi)
Bahan2:-
Kaki ayam yang dah siap digoreng dan direndam.
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 inci kulit kayu manis
Sedikit serbuk lada putih
sedikit cuka / pati asam jawa (mana2 guna pun sedap ye)
1 1/2 cawan air
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air)
Garam, gula dan perasa (secukup rasa)
Minyak untuk menumis.
Cara2:-
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian tumis hingga wangi.
2. Masukkan kulit kayu manis dan tumis lagi.
3. Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada putih. Tumis sebati.
4. Masukkan air dan kaki ayam. Biarkan ia mereneh selama 5 minit. Masa ni ruang dapur anda punyalah wangi.. wangi yang sunggu menambat selera.
5. Masukkan cuka, garam, gula dan perasa.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung sambil kacau supaya kuah kicap kita pekat.
7. Biarkan kuah mereneh sebentar. Tutup api dan hidangkan.
Senang je kan.. ok semua,, selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment