Tuesday, June 4, 2013

PERCUTIAN KAMI DI SEKITAR KUALA LUMPUR, SELANGOR & CAMERON HIGHLAND.

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Hari ni nak share gambar2 kenangan semasa percutian kami baru-baru ni. Kami bertolak dari rumah ke airport Tawau pada pukul 2.30 petang. Flight kami pada pukul 3.40 petang & dijangka tiba di KL pada pukul 6.25 petang. 

Sebenarnya dah lama kami ni nak bercuti tapi ader saja halangan. Biasanya en. suami yang p sendiri ke KL & mami dok pesan barang. Tapi kali ni, hasrat nak bercuti dgn en suami & anak2 tercapai jua akhirnya. Tiket percutian pergi balik Tawau-Kuala Lumpur-Tawau ditaja oleh adik ipar Elle. Terima kasih banyak2. 

Jom.. jalan2..



 Ni kat Airport Tawau

Anak2 eksaited sangat sebab Daniel (baju berpetak), Natasha (berjaket merah) & Qaseh (dress putih biru) tak pernah lagi naik kapal terbang. So dorang memang tak sabar2. 

Sampai je KLIA, kami terus ke rumah Elle kat Seri Kembangan. Meriah sangat. Semua berkumpul kat sana. Dapatlah mami lepaskan rindu kat dorang. Lagi penting.., mami dapat berkenalan dgn anggota baru keluarga... anak2 saudara yang lahir kat Semenanjung & tak pernah mami jumpa. 

Dari sini bermulalah percutian kami.. Dalam bercuti tu.. anak mami yang sorang ni..sempat lagi kena asthma. Kesian dia.. penat sangat kot. Apa tak nyer.. asyik jalan je.. ke KLCC, IKEA sambil shopping baju kat Padini. Masa tu Padini offer diskaun sampai 70% selama 3 hari. So, ambil peluang beli baju anak2. Dalam jalan2 ke IKEA tu sempat juga merasa keenakan karipap, hotdog, meatball & kek Tatar Mardel.. memang terbaek.. sedap sangat.

Karipap IKEA

Kek Tatar Mardel.. memang terbaek..!!
Ni pulak hidangan meatball. Anak2 order spaghetti. 

Sebelum jalan2 kat IKEA ni.. sempat lagi mami ni bersauna kat Airish Beauty & Spa. Terbaeklah..


Ni lah hero mami yang kena asthma tu. Sib baik ader
klinik berdekatan so boleh lah jumpa doktor & ambil gas.

Hari ke4 kami bertolak ke Cameron Highland. Punyalah eksaited, sebab ni lah kali pertama mami p sana. Kami konvoi 3 kereta & ambil keputusan untuk melalui jalan dari Raub, Pahang. Best jalan dari sana, tak terlalu berliku. So tak lah kita orang pening atau muntah. Kat sana kami menyewa sebuat apartment kat Desa Anthurium Apartment. Memang lawa & sangat selesa.. 3 bilik & 2 bilik air.





Kami ambil peluang jalan kat sekitar Cameron Highland. Antaranya ke Big Red Strawberry Farm & Ladang Boh.




 





 


 Ni sedap sangat.. Strawberry Yogurt with honey
 Strawberry yogurt with honey & strawberry ice blender
               
 Strawberry Sundae
Strawberry waffles with Ice Cream

 Aiskrim Malaysia.. ni memang sedap.










 Hehehehe... macam Geng Bas Sekolah pun ader..






Petang tu kami terus balik ke Seri Kembangan. Masa perjalanan balik, hujan turun sangat lebat. Sampai tak nampak jalan. Kereta kami bergerak sekitar 45 - 50km/j saja. Slow giler. Kami bertolak meninggalkan Tanah Rata sekitar pukul 5 petang. Kami tiba di Seri Kembangan sekitar pukul 1 pagi. Pape pun, kami enjoy sangat berada kat Cameron Highland. 

Malam hari ke6 kami ke rumah adik bongsu mami.. Papa Tambi. Isteri dia masak perghh.. sup tulang, sambal tumis kerang petai, sayur sawi putih dengan cendawan tiram & ayam goreng. Memang terangkat. habis seperiuk besar nasi kami kerjakan.. hahahaha.. bukan lapar.. tapi sedap. Lepas makan, en. Suami, papa Tambi & AyahJ keluar ke Sentul tuk beli helmet. Sampai helmet pun nak beli masa bercuti ni hahahahaha. Ye lah.. helmet kanak2 yang ader SIRIM ni payahan nak cari kat Tawau. So ambil peluang lah. Lepas bersembang sambil makan2 puding jagung air tangan mama Yantie, kami pun minta diri & jalan2 sekitar Kuala Lumpur. Anak2 nak sangat pergi KLCC sebab masa hari ke2 percutian kami, kami ader p KLCC tapi tak dapat pergi keluar KLCC Suria tu sebab masa tu hujan. Ingar nak bergambar2 masa tu. So, sekali lagi kami ke KLCC.. misi kali ni.. nak bergambar.. hahahah.. 











Macam2 gaya ada.. masa ni hujan gerimis. Kami redah je. Lepas je sesi bergambar ni.. hujan turun semakin lebat. So kami ronda2 sekitar KL dalam kereta je.  Sebelum sampai rumah tu singgah kejap kat Giant tuk beli barang sebab mami nak masak2 esok. Asyik makan kat luar je..

Hari ke7, mami plan nak stay kat rumah je. Nak rehat. Penat sangat sebab tak berhenti jalan. Itu tak masuk lagi jalan2 tengah malam (lepas anak2 tido), p makan roti canai special kat kedai mamak Jalan TAR, makan stimbot kat tepi jalan, down town Cheras dan ntah p mana2 lagi lah.. mami pun dah lupa nama tempat2 dier. 



Ni lah roti canai special kat Jalan TAR.. ni pekena ngan teh tarik. perghh..

Dalam duduk2 rehat lepas makan tu, adik ipar datang bawa kami jalan. Orang dah ajak kan.. takkan nak tolak pulak. Kesian dia, drive jauh2 dari Kota Damansara ke Seri Kembangan sebab nak ajak kitaorang jalan. So, kami pun keluarlah.. nak tau kami ke mana? Tengok gambar2 kat bawah...






Kami minum2 kat Starbucks Coffee, Paradigm Mall.

Lepas tu anak2 bermain kat water fountain depan mall tu. Habis basah dorang. Tak kuasa nak larang dorang main. Biarlah..kasi puas hati dorang. Dah puas dorang bermain.., kami pun bergerak menuju ke Kota Damansara.. nak tukar baju budak2. Lepas tu kami ke restoran Sate Kajang @ uptown. Dah berhari2 mami ni teringin nak makan sate kajang. Terima kasih kat Ummi & abi kerana sudi tunaikan hasrat mami ni. 




Memula kami order 60 cucuk je + nasi impit & timun. Eh? Kejap je licin.. so order lagi 40 cucuk. Memang sedaplah.. Hai.. genap seminggu mami kat sana.. badan naik mendadak. Apa tak nyer.. asyik makan je. Segala tom yam & somtam kat Gombak, nasi ayam kat Kelantan Fried Chicken pun dirasa. Pokoknya, setiap masa asyik makan. Hahaha.. takpe lah.. bila lagi ye dak..

Malam dah makin larut. Perut pun dah kenyang..so jawabnyer.. balik rumah.. 

Hari ke8, mami bangun agak awal dari biasa. Tak lah awal sangat.. dalam pukul 8 pagi gitu. Mami siap2 nak buat sarapan istimewa... MEE TAUHU. Hahh.. jangan tak tau.. mami pakar masak mee tauhu ni tau. Biar pun pakai tauhu semenanjung & mee basah.. tetap jadi. 

Ni dia mee tauhu mami. Siap ngan sambal dia sekali. Nampak sedap kan..
Memang pun. 
Ni lah en chef kedua.. jangan marah ye ayah J. Dia pun turut belajar nak 
sediakan mee tauhu ni. Bolehlah masak selalu lepas ni.

Lunch tu mami masak frying beancurd & daging masak black paper serta sayur lemak labu. Kira hari ni mami take over dapur dorang ni.. Malam karang dah plan nak jemput adik beradik datang makan kat Seri Kembangan. Mami masak nasi kuning ayam & ikan lengkap bertelur rebus, nasi goreng cina & ayam goreng. Perghhh meriah. mami masak 2 periuk nasi kuning.. licin.. sampai ader yang tak puas makan. Kesiannya..

Hari ke9. Hari ni, hari terakhir mami kat sini. Flight kami ke Tawau pukul 5.55 petang. Macam semalam, mami bangun awal juge. Semalam plan nak masak nasi beriani tuk lunch hari ni. Tapi tak jadi, anak mami demam. Dah rindu Tawau kot. So, mami tukar plan.. lunch ni kita makan ayam masak kurma resepi spesel mami, nasi putih & sayur kacang tumis tauhu pok. Oleh kerana ader yang tak puas makan nasi kuning semalam, mami masak sekali lagi nasi kuning tu. Kesian juge kan kalau tak puas makan. 

Tepat pukul 2.30 petang, kami bergerak dari rumah menuju ke KLIA terminal LCCT. Sebelum berlepas tu.. biasalah.. kena borong dulu roti gardenia dulu.. Ni borong dekat 100 bungkus tau. Kesianlah kami kat Tawau.. mana ada jual ni.. Ni kira ole2 yang paling ditunggu-tunggu oleh kawan2 & saudara mara di Tawau. Kalau tak tau nak belikan apa tuk kengkawan kat Sabah.. beli lah roti ni. Confirm suke.





Hah.. satu perkara nak pesan, kalau plan nak beli roti ni kat balai berlepas LCCT KLIA, kena check in awal2 tau. Sebab kat dalam sana memang ramai yang borong roti ni. Apa tak nyer, sebungkus roti kat atas tu baru 70 sen sebungkus. Yang roti sambal ikan bilis tu 90 sen sebungkus. Twiggies RM1.40 (isi kat dalam ader 2).. memang murah giler. Kaunter bayaran dier pulak 1 je. So memang queue panjang. 

Apa pun.., ini merupakan percutian paling best takat ni. Macam2 yang kami lalui sepanjang berada kat sana. Kalau panjang umur & ader rezeki lebih.., memang nak pegi lagi. Tapi kali ni memang nak plan betul sebab kitaorang tak sempat nak shopping betul2. Takpe lah.. bukan rezeki kita orang kot. 

Sebelum mengakhiri n3 ni, mami nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH untuk adik2 ipar tersayang.., Bonda & AyahJsekeluarga, Ayah Atoi & Mak Yang sekeluarga, Ummi & Abi sekeluarga & adik bongsu mami Papa Tambi & Mama Yantie sekeluarga kerana telah bersusah payah memeriahkan percutian mami sekeluarga. Korang memang THE BEST!!! Thank u very much from the bottom of my heart. Love u all forever.



Wasalam. 




3 comments:

Ibrahim Tambi Cik Mohamad said...

Hehehe...mmg sgt2 best jumpe famili yg dtg dari jauh, rs sekejap je ms tu, insha Allah ada rezeki pnjg umur pasti berkumpul lg, selain dpt mengeratkn silaturahim kami jg dpt kenal2 famili baru, terima ksh pd mami yg sudi masakkn kami nasi kuning, mmg terbaik!!

[ibuLUNAZALEA] said...

hehehhe...rasa nak repeat mee tauhu ni..hehhe..

Hidayati Mohamed said...

Hehehehe... buat jangan tak buat. 9 hari mami kat KL.., balik Tawau terus p timbang badan. Huh! Timbangan rosak.. bukan makin ringan.. makin berat hahahaha... makan memanjang. Kat Tawau mami tak ambil supper.. sampai kat KL pukul 11 mlm pun kuar p makan...Hahahaha.. Apa pun.. memang kenangan manis masa kat sana. Terima kasih semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...