Sunday, December 30, 2012

MATEMATIK: KAEDAH PENOLAKAN MUDAH - Sukar/Advance

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Malam2 buta ni tetiba terasa nak menulis pulak. Mata pun tak ngantuk lagi ni. Bah... jom kita sambung citer pasal bab penolakan. Kali ni.., mami nak tunjukkan bagaimana nak gunakan kaedah yang sama tapi dalam kombinasi nombor yang lebih sukar. Pada mereka yang masih belum menguasai kaedah penolakan dengan baik.., khasnya bagi kombinasi nombor berpinjam / regrouping.., usah malu usah segan. Anda bukan tak pandai... cuma tak faham. Tiada seorang insan pun di muka bumi ini yang bodoh.., melainkan jika dia enggan belajar. 

Orait.. jom kita mulakan. Opps.. sebelum tu sesapa nak rujuk N3 berkaitan penolakan ni bolehlah klik kat bawah ni ya..
MATEMATIK - PENOLAKAN (ASAS/BASIC)
MATEMATIK - PENOLAKAN (NON-REGROUPING/BUKAN BERPINJAM)

Kita masih kekalkan kaedah yang sama ya.. iaitu bila angka2 di susun dalam bentuk lazim, semua angka di barisan atas kita simpan di jari manakala yang bahagian bawah pulak simpan kat kepala. Mari mulakan..

Contoh 1:-

3 261 - 987 = ? ... eit.. macam soalan Tahun 3 je ni.. tak pe ya.. kita mula dari yang paling mudah.

Seperti biasa.., perkara utama yang kita perlu buat ialah.. susun semua angka dalam satu bentuk lazim. Macam kat bawah ni.

   3 261
-    987
______

Pas tu.. jom kita tengok gambar... senang..

1-7 (tak boleh.. so pinjam 1 dari 6 [pu].. angka 1 yang kita pinjam 
tu bernilai 10 apabila berpindah ke 1 [sa]. Ader sorang murid mami 
tanya.. kenapa jadi 10? 
Jawapannya ialah.....
1 tu ibarat wang syiling 10 sen. Katelah satu hari tu anda tak
cukup duit nak beli gula2. Anda cuma ada 10 sen je. So apabila anda pinjam 
10 sen dari kawan anda, lalu dia beri anda 1 keping wang syiling 10 sen. Walau hanya 1 keping yang dia bagi, nilainya 10 sen bagi kita. 
So bila anda tambah 10 sen tu dgn wang yang anda
ada.., nilainya menjadi 20 sen. Faham tak? Senangkan.

Jadi, apabila 10 + 1 maka jadilah 11. Sekarang 11-7. 
7 di kepala & kira sampai 11 di jari
jawapannya ialah 4

Seterusnya tolak Puluh dgn Puluh. 
Oleh kerana 6 tadi dah dipinjam 1 maka sekarang tinggal 5 kat situ.
So, 5 - 8 (ofkos lah tak boleh kan).. kita pinjam 1 lagi dari 2(Ra).
2(Ra) dah tinggal 1 dan 5(Pu) dah jadi 15.
15 - 8 (8 di kepala dan kira sampai 15 di jari)
Jawapannya ialah 7

Teruskan lagi dgn menolak Ratus dgn Ratus.
Tadi 2 sekarang dah tinggal 1 sebab kena pinjam.
1 - 9 (double what? double confirm tak boleh!.. kehkehkeh... ini ayat2 
anak2 mami dek menengok citer Cinta bersemi di Putih Abu2)
So.., kita kena pinjam lagi dengan member sebelah.
3(Ri) dah tinggal 2 dan 1(Ra) tadi dah jadi 11.
11 - 9 (9 di kepala dan kita sampai 11 di jari).
Jawapannya ialah 2

Akhir sekali.. sudahi kiraan anda dengan membawa turun angka terakhir 
(jika tiada lagi kombinasi yang perlu di tolak)
Kiraan anda selesai di sini.
  3 261
-   987
 2 274

Mudahkan.. senang je...

Jom praktis dengan soalan2 kat bawah ni ye...

a. 52 371 - 17 428 =
b. 849 234 - 76 359 =
c. 345 927 - 179 426 =
d. 1 312 423 - 89 244 =
e. 3 526 014 - 967 433 =

Ok.., sampai sini saja tuk kali ni. Teruskan mencuba dengan soalan2 yang lebih sukar. Semakin banyak latihan yang anda lakukan.. anda akan menjadi semakin mahir untuk melakukan operasi penolakan. Jika anda sudah menguasai penolakan dengan baik, cuba buat operasi bercampur (mix operation) antara tambah & tolak. 

Selamat belajar semua.



2 comments:

Cairo said...

Assalam Puan,
Semoga ALLAH memberikan rahmat kepada puan atas perkongsian ini,ameen. Saya sememangnya mencari2 teknik penolakan ini untuk mengajar anak saya tahun 1.
Syukran Jazilan .. :)

Unknown said...

Terima kasih byk2..penin dh nak cr kaedah mudah..finallyyy jmpa jgk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...