Tuesday, October 9, 2012

ISTIMEWA AIDILADHA

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.


AIDILADHA merupakan antara perayaan terbesar yang dirayakan oleh umat Islam selain Aidilfitri. AIDILADHA disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir  Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan Solat Sunat Aidiladha serta Khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah. Sambutan diikuti dengan ibadah Korban, menziarahi kubur orang2 yang disayangi serta saling kunjung-mengunjungi sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan.

Pada hari raya, kita disunatkan untuk mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih serta memakai wangian. Kita juga digalakkan untuk menyediakan juadah istimewa untuk tetamu yang datang berkunjung ke rumah kita bagi mengeratkan ikatan silaturrahim.

Sebut pasal juadah, mami nak war2 kan, sekarang ni mami sedang mengadakan Jualan Khas Aidiladha menerusi laman blog CuteToe your online shop  &  Facebook Fan Page dari 8 ~ 19 Oktober 2012.

Jualan Khas Aidiladha menyediakan pelbagai pilihan premix untuk hidangan kek dan puding. Kaedah penyediaan mudah dengan rasa hidangan yang enak memudahkan anda menyediakan hidangan2 ini walaupun dalam saat akhir. Tip2 penyediaan juga diberikan menerusi laman blog & Facebook.

Silalah berkunjung dan membeli-belah  di laman blog CuteToe your online shop atau CuteToe Facebook fan page sebagai persiapan Aidiladha anda.

Wasalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...