Tuesday, August 21, 2012

UPSR SCIENCE: ACID AND ALKALI (Year 5) HOT TOPIC

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Beraya, beraya juge. Tapi ulangkaji jangan pulak dilupa. Selepas cuti ni, anda semua cuma ada 10 hari saja lagi sebelum peperiksaan UPSR 2012. Jadi, dalam kemerihan menyambut hari raya bersama sanak saudara dan teman2, belek2 jugalah nota2 ringkas anda. Inilah yang dinamakan sebagai study smart.

Ok hari ni nak bincang pasal satu lagi topik panas UPSR iaitu Acid & Alkali. Untuk pengetahuan anda semua, topik ini ringkas tapi hampir saban tahun ia keluar dalam kertas peperiksaan UPSR khasnya di Bahagian A. So, tumpukan perhatian ok. Jom kita mulakan.

A. PROPERTIES OF ACIDIC, ALKALINE AND NEUTRAL SUBSTANCES
SIFAT-SIFAT BAHAN BERASID, BERALKALI DAN NEUTRAL

A1: IDENTIFYING ACIDIC, ALKALINE AND NEUTRAL SUBSTANCES
MENGENAL PASTI BAHAN BERASID, BERALKALI DAN NEUTRAL
a. Different foods have different tastes because of their chemical properties.
Makanan mempunyai rasa yang berbeza-beza kerana sifat kimianya. 
b. The chemical properties of food are determined by the acids or alkalis in them.  
Sifat kimia ditentukan oleh kandungan asid atau alkali didalamnya.

HOT TIPS:- ASID => MASAM , ALKALI => PAHIT , NEUTRAL => TAWAR, MANIS DAN MASIN.

 ACIDIC SUBSTANCES / BAHAN BERASID
venegar / cuka

pineapples / nenas

Oranges / buah oren

Mangoes / buah mangga

Tomatoes / buah tomato

ALKALINE SUBTANCES / BAHAN BERALKALI

Soaps & detergents / sabun dan pencuci 

Toothpaste / ubat gigi

Shampoo / syampu

baking powder / tepung penaik

Coffee / kopi

Some vegetables / beberapa jenis sayuran

NEUTRAL SUBSTANCES / BAHAN NEUTRAL
Water / air

Rice / nasi

Salt / garam

Sugar / gula

A2. LITMUS PAPER TEST
UJIAN KERTAS LITMUS




a. Litmus paper can be used to determine the chemical properties of substances.
Kertas litmus digunakan untuk menentukan sifat kimia suatu bahan.

BLUE LITMUS TO TEST ACIDIC SUBSTANCES
LITMUS BIRU UNTUK MENGUJI BAHAN BERASID
ACIDIC substances change the colour of BLUE LITMUS TO RED
Bahan BERASID menukar warna LITMUS BIRU KEPADA MERAH

Examples / Contoh:-

Blue Litmus tests on lemon
Litmus biru diuji keatas buah lemon

Blue Litmus tests on vinegar
Litmus bitu diuji keatas cuka

RED LITMUS TO TEST ALKALINE SUBSTANCES
LITMUS MERAH UNTUK MENGUJI BAHAN BERALKALI

ALKALINE substances change the colour of RED LITMUS TO BLUE
Bahan BERALKALI menukar warna LITMUS MERAH KEPADA BIRU



Examples / Contoh:-

Red Litmus tests on soap
Litmus merah diuji keatas sabun

Red Litmus tests on baking powder solution
Litmus merah diuji keatas larutan serbuk penaik

b. Both red and blue litmus paper DO NOT change their colour on neutral subtances such as mineral water, sugar or salt solutions or cooking oil.
Kedua-dua kertas litmus merah dan biru TIDAK bertukar warna atas bahan-bahan neutral seperti air mineral, larutan gula atau garam atau minyak masak.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...