Monday, September 19, 2011

PAKAI TUDUNG MEMANG BEST! TAPI...

As salam semua. Hari ni cuaca kat Tawau cerah ceria. Semalam.., hujan memanjang. Bagi sapa yang baru kawen tu.., suke lah kan. Eh, kuar tajuk pulak.

La ni mamy nak citer pasal pakai tudung. Sejak Ramadhan yang lalu, mamy dah mula memakai tudung. Rasa selesa sangat. Kalau dulu sibuk betul urus rambut. Rambut mamy ni jenis keriting. Tapi nak juge rambut lurus. So.., mang gila lah nak rebonding rambut. Ni lah manusia.., Allah dah berikan rambut keriting atau gelombang.., teringin nak yang lurus. Yang dah ader rambut lurus.., teringin pulak nak keriting. Hai.., bile le nak habis tu kan.

Dulu biar macam mana sengkek sekali pon poket mamy ni, tetap mamy sediakan budget untuk rebonding 3X setahun. Bukan murah tu tau. Kat Tawau ni..., standardnya RM100 bagi rambut paras atas bahu. Lebih dari tu dorang caj lebih. Cekik darah betul.., pada hal satu set ubat rebonding tu baru RM70... itu jenis ubat yang bagus dah tu. (Tak termasuk shampoo). Kalau korang nak tau.., satu set tu boleh pakai untuk 3 kepala customer yang berambut aras bahu. Mamy tau ni pasal dulu adik mamy pernah bukak salon. Rebonding lah yang buat dorang untung. Ok.., stop di situ.

Pakai tudung ni memang best. Dalam kemajuan fesyen bertudung, memang amat sukar untuk mamy menolak memakai tudung atau shawl yang indah. Apa lagi dengan model / jenis tudung yang lawa2 sekarang ni. Mamy pun tak nak lepas peluang bergaya dengan tudung2 yang terkini ni.

Tapi..., mamy masih musykil, ada beberapa cara pemakaian yang tidak boleh dipraktikkan. Ada yang kata haram! Eh betul ke ni? Antaranya, pemakaian skaf dalam ala2 sanggul tu. Macam ni hah.

(Google image)
Belambak mamy tengok kat pasar malam atau kat kedai2 jual pakaian Muslimah atau pun online shop. Kalau betul dah haram, mengapa penjualannya masih diteruskan? Mamy pernah juga nak beli pasal rambut mamy taklah panjang sangat untuk buat sanggul sebegitu.., tapi dah ragu2 ni.., mamy batalkan je niat tu.

Yang kedua, pasal pakai tudung pas tu pin kan kat belakang leher. Macam ni hah.
(Google image)
Mamy ader buat sedikit research pasal isu ni. Kebanyakan pendapat mengatakan pemakaian tudung sebegini menyerupai  biarawati Kristian. Jadi hukumnya haram berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.....,
"Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka"

 (Google image)
Seram sejuk mamy dengar hadis tu. Masa mula2 pakai tudung dulu, ade juga mamy pakai macam ni. Masa tu kan tak tau lagi. Lawa tu memang lah lawa. Ramai orang pakai tudung macam ni. Sampai kat dalam TV pun ader gak. Tak segan silu pulak tu.  La ni mamy dah tak pakai macam tu pasal timbul keraguan yang amat sangat. Mamy ni tak lah arif sangat pasal agama, tapi bila Rasulullah dah tegah.., kita sebagai umatnya.., kenalah patuh.

Cuma mamy musykil.., bagaimana pula jika kita memakai tudung sebegini tapi tidak berniat langsung untuk meniru biarawati Kristian? Kita pakai hanya kerana kita suke pakai macam tu. Bagaimana pula jika suami kita yang memang suke sangat kita pakai tudung macam tu? Lawa kata nye. Wajarkah kita membantah sesuatu yang dipandang indah oleh si suami atau kita akur saja.

So.., sapa2 yang ader jawapan yang pasti, mamy mintak tolong sangat kat korang...... TOLONGLAH KOMEN pasal n3 ni agar kemusykilan mamy reda. Ye lah kan..., mamy ni baru belajar berhijab. Bak kata pantun Melayu.....

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Wasalam.

2 comments:

Hanis MY said...

Mamy, yg hanis th cuma yg sanggup tu je, yg pin tu tak tahu la pulak..,huhu...thanks for this entri mamy... T tny kwn2 nti hanis roger lg k...

My Love said...

Salam..

Ustaz Love ada jawab dalam entry2 ni :

http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-tudung-sanggul-unta/

http://ustazlove.com/blog/2011/02/soal-jawab-isu-tudung-sanggul-lagi-belum-habis-nampaknya/

http://ustazlove.com/blog/2010/09/haram-tudung-berbutang/

Harap dapat membantu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...