Friday, May 6, 2011

KILAT DAN PETIR



Ribut petir adalah suatu fenomena semulajadi yang kerap berlaku. Biasanya ia disusuli dengan hujan lebat. Tapi apa beza petir dan kilat?

PETIR - juga dikenali sebagai guruh. Ia adalah bunyi yang dihasilkan oleh kilat. Tak kiralah ia berdentum atau hanya sekadar berderam-derum. Jika binyu yang terhasil lebih kuat dari biasa, ia dikenali sebagai halilintar.

KILAT - pula ialah nyahcas elektrik yang berlaku di atmosfera. Ia mampu bergerak selaju  60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F). Emmm..panas tu! Bukan tu je, kilat menghasilkan medan magnetik dan sinar X. Tu pasal, bila sesuatu kawasan tu sering dihentam kilat dan petir, medan magnetik yang terhasil amat kuat sehingga mampu menghasilkan pelbagai fenomena aneh. Contohnya, kewujudan hantu. Menurut sains, entiti dikesan menerusi medan magnetik yang terhasil. Jadik, betul2 ke wujud hantu tu? yang aku tau.., hantu mang tak wujud. Yang ader cuma syaitan, iblis dan jin yang selalu mengganggu anak cucu Adam.

Ish! Kuar tajuk kejap.

Oleh kerana cahaya bergerak lebih laju daripada bunyi, maka kita akan melihat kilat dulu baru dengar guruhnya.

Tapi, apa yang patut kita lakukan bila berlaku ribut petir? Paling baik, elakkan dari berada di luar rumah. Bila kat dalam rumah.., pastikan:-
1. Kita jauh kan diri dari apa2 peralatan elektrik. Matikan semua suis sebelum ribut menjadi bertambah buruk.
2. Jaukan diri dari tingkap.
3. Jangan gunakan telefon. Cas elektrik yang dihasilkan oleh kilat mampu bergerak dalam wayar telefon.
4. Jangan sentuh paip besi atau gerigi besi pintu atau tingkap rumah.

Jika berada diluar rumah, pastikan:-
1. Segera mencari tempat berteduh.
2. Jangan berteduh di bawah pokok. Kilat mampu menumbangkan pokok.
3. Elakkan berada di kawasan terbuka seperti padang. Tapi jika berada kat padang juga, pastikan anda mencangkung atau merendahkan diri anda serendah yang boleh. Kilat biasanya akan menyambar objek2 yang tinggi atau dalam kedudukan vertikel.
4. Jika di kawasan lapang itu ader longkang atau lekukan tanah, berlindunglah di dalam longkang atau lekukan tanah itu. Kedudukan anda akan lebih rendah jika berada dalam parit.
5. Jauhi kawasan berair seperti kolam atau tasik.
6. Jika anda sedang berenang, segera keluar dari kolam renang.

Kesimpulannya, berhati-hatilah semasa menghadapi ribut petir. Kilat yang terhasil memang cantik tapi sangat merbahaya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...