Terima kasih kerana mengunjungi laman blogku. Kalau suka ceritaku, tinggalkan respon ikhlasmu. Paling tidak, jerit pada chatbox ku. Sambil tu, sudi2 kan lah menjadi followerku.
Saturday, March 5, 2011
HARGA GULA DAH NAIK TAPI MASIH DI CATU
Mana2 pasaraya yang aku pegi confirm kurang atau takde gula. Kalau ader pon pasti ader peringatan yang tertulis "TERHAD 2KG UNTUK SEORANG"
Itu bagus tu 2kg seorang. Ader pasaraya cuma menghadkan sekilo gula untuk seorang pelanggannya. Dulu harga sekilo gula RM1.55.., sekarang rata2 pasaraya kat Tawau ni menjual gula dengan harga RM1.80 hingga RM2.50 sekilo. Ingatkan bila dah naik harga.., gula tak kena catu lagi. Aikkk masih gak macam tu.
Alih2 aku & husband amik bakul atau troli masing2 kalau p belanja. Jadik dia amik gula untuk troli dia dan aku pon cam tu gak. Dan dapatlah kami 4 kg gula. Cukuplah untuk kegunaan sebulan.
Dulu masa tinggal serumah dengan menrtua, kami memang beli banyak gula. Dekat 10 kg jugak. Bukannya apa, mertua aku ni rajin sangat buat pati sirap sendiri. Jadik aku memang tak beli sirap kat kedai. Sirap yang beliau buat..., sedap sangat. Macam2 perisa yang beliau buat. Ader pandan, ros dan macam2 lagi. Anak2 aku cukup suke ngan sirap yang opah dorang buat. Cukup rasa dan aroma.
La ni bila opah dorang dah balik Semenanjung.., mamy dorang ni dah mula beli sirap kat kedai. Heheheh.. pemalas betul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
biasanya mak saya yang beli gula, saya cuma bawak je..hehe
singgah melawat follower..
Post a Comment