Wednesday, March 9, 2011

3 MALAM 3 HARI DI WAD GYNEA HOSPITAL TAWAU

picture by google

Semuanya bermula pada 9 Februari 2011. Pada hari tersebut aku seperti bulan2 yang lalu didatangi haid. Aku ingatkan haid yang datang akan berakhir seperti biasa iaitu 7 hari. Tapi aku hairan selepas 10 hari haid tidak juga berhenti. Oh.., mungkin lewat sikit habisnya kot. So aku pun buat biasa je, kerana aku pernah didatangi haid selama 10 hari.

Menjelang hari yang ke-14, hati mulai risau sebab darah yang keluar selepas 14 hari bukan lagi dikira sebagai darah haid, sebaliknya dikira sebagai darah penyakit. Jadi pada malam 27 Februari, aku menemui doktor. Selepas beberapa pemeriksaan, doktor memberikan aku Tranxenamic Acid iaitu sejenis ubat untuk memberhentikan darah. Doktor juga berpesan supaya aku berjumpa dengannya lagi sekiranya selepas 7 hari darah masih tidak berhenti.

6 Mac 2011, genap 7 hari aku makan ubat yang diberi doktor. Darah masih tidah berhenti. Malahan semakin banyak yang keluar. Sehingga aku cepat berasa penat dan sering terhuyung-hayang diselagi dengan rasa pening sepanajng hari. Aku tahu sesuatu yang tidak betul berlaku pada diri ku ini. Aku menemui doktor, dan dia segera merujuk keadaan ku ke Hospital Tawau kerana aku mengalami tanda2 kekurangan sel darah merah. Ditambah dengan tekanan darah tinggi yang melampau iaitu 190/100 menyebabkan jantung sebelah kanan mengalami tekanan dan membengkak.

Malam tu.., selepas aku berkemas pakaian untuk dibawa ke hospital, aku sempat menidurkan anak2 ku sambil mengucapkan selamat malam kepada mereka. Selepas mencium semua anak2 ku, tepat pukul 10 malam, suami menghantarku ke unit kecemasan Hospital Tawau.

Selepas menjalani beberapa siri rawatan mengenal pasti sintom2, aku terpaksa ditahan di wad Gynea untuk menjalani rawatan dan ujian2 dengan lebih lanjut. Contoh air kencing, najis, darah turut diambil bagi mengenal pasti penyakit yang aku alami. Pada masa ini aku amat dibimbangi sebagai pengidap barah rahim, Tapi yang lebih membimbangkan ialah tekanan darah ku yang menigkat secara tiba2 setinggi 291/130. Gila! Kata doktor yang bertugas. Malam tu aku diberi ubat untuk menurunkan kadar tekanan darah (high BP) dan akhirnya tekanan darahku turun ke 130/80. Masa tu, aku tidak pitam cuma sakit kepala yang amat sangat.

Dalam 3 malam 3 hari tu aku menjalani beberapa siri rawatan lanjut termasuk scan, mengambil Tranxenamic Acid pada kadar 2 biji 3 kali sehari. Semasa scanning, doktor pakar tidak menemui sebarang gejala tumur atau ketumbuhan atau fibroid pada rahimku. Cuma lapidan rahim yang agak tebal kesan dari lebihan darah yang keluar. Lantas doktor terpaksa menahan aku sampai darah berhenti atau sediki, kerana mereka hendak menjalankan papsmear. Sementara menunggu darah berhenti, ubat terus diberikan kepadaku di sampaing pantauan tekanan darah selang 4 jam. Akhirnya, pada subuh 9 Mac.., genap satu bulan haid tidak berhenti.., menunjukkan tanda2 bahawa ia akan berhenti. Pada pukul 11 pagi, tiada sebarang titisan darah pada pad. Lantas pada pukul 2 petang, doktor memanggil aku untuk menjalani pengambilan sample dari pangkal rahim atau papsmear.



                                                                             picture by google

Pukul 3.30 petang, aku dibenarkan balik dengan lawatan susulan ke Klinik Pakar Gynea Hospital Tawau 3 minggu lagi untuk mengambil keputusan papsmear. Hati berdebar-debar. Apakah keputusannya nanti? Dalam debaran menanti keputusan ujian papsmear.., aku bersyukur kerana dapat bergembira kerana hari ini 9 Mac ialah harijadi anak bongsuku yang ke-3. Dan aku masih dapat meraikannya bersama keluargaku yang tercinta di rumah.

4 comments:

[ibuLUNAZALEA] said...

Alhamdulillah Mamy da discharge.

Hhee sori yea, spanjang mamy admitted, bonda dok mnulis kat sini..saja taknak buat blog mamy tanpa entry..dan GILA KUASA, yalah BELANDA dapat TANAH!! Hheee..

Mamy, esbox terbakar? mcmn ngan rumah nenek aji? terselamat ka? bonda terbca lam blog sorg budak tawau..Huhuu..

Gen Fujita said...

Semoga tak ditimpa benda-benda yang tak diingini.

TAYAR PANCIT said...

hai awak :) saye da follow awak :) follo me back @ http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/2011-fia-formula-one-world-championship.html

hazari. said...

alhamdulillah. :)) lepas ni jaga diri elok2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...