Tuesday, February 1, 2011

TAK BOLEH TIDO..RISAU.....


Dah 2 hari Caca demam. Dah bawa dia p klinik tapi demamnya macam tak nak baik. Kejap demamnya kebah lepas tu panas lagi.  Ubat dah makan betul2 ikut jadual yang diberi doktor. Tapi keadaannya tak berubah. Risau sesangat. Dah berketul-ketul ais aku demah kepalanya agar tidak sawan. hai risau betul.

Dekat pukul 10 malam tadi..., daddynya tak senang duduk. Risau melihat demam anak kesayangannya tak kebah2. Lantas kami sepakat membawanya ke hospital malam ni jugak. Aku tak dapat ikut kerana anak2 yang lain pun tak berapa sihat dek cuaca sejuk. Hujan tak henti2 turun. Matahari pun seakan menjauh dari dari bumi. Anak2 ku memang cukup tak tahan dengan cuaca sejuk begini. Apalagi mereka memang ader asma...Jadi aku kena mengawasi anak2 di rumah sementara si Sayang membawa Caca ke hospital.

Tak taulah macam mana mereka di sana. Hatiku gatal inginkan kepastian. Lantas handphone ku gapai terus mencari nama My Heart. Lega seketika bila ku dengar suara suami tercinta. Tanpa berlengah terus kutanya keadaan Caca. Caca masih dalam wad kecemasan menanti keputusan ujian darah. Ujian Darah?! Kenapa sudah anak ku itu? Harap2 bukan denggi atau apa2 saja yang berkaitan. Aku risau betul sampai payah untuk melelapkan mata.

Suami memujukku supaya jangan risau dan pergi masuk tidur kerana kesihatan ku juga penting demi menjaga anak2. Ya lah sayang...., meski hatiku gundah dek keadaan Caca.

2 comments:

fiezah91 said...

semoga caca cpt sembuh tu.. InsyaAllah xda apa :)

hazari. said...

ohh, sekarang cuti sekolah kan ? rileks rileks kat rumah je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...