Wednesday, February 16, 2011

PEN OH PEN

Petang tadi masa aku dok surf Facebook. ader anak kawan aku tulis sesuatu kat wall dia. Very interting. Pendek je.. tapi maksud dia amat mendalam. Lets check it out:-

NO PEN, NO STUDY
NO STUDY, NO WORK
NO WORK, NO MONEY
NO MONEY.., STARVE LAH..
SO NEVER LOOSE YOUR PEN.

Comel je kan. Tapi pedas tu. Budak ni baru tingkatan 1 tapi dah boleh fikir lebih dari apa yang aku dapat fikir.

Pen ialah alatulis yang amat penting. Mata membaca, akal berfikir dan serentak tangan memegang pen mencatat isi penting. Masa di sekolah dulu, dengan pen aku mencatat nota, menulis essei, membuat pengiraan matematik dan sampai sekarang aku masih lagi simpan sebatang pen dalam handbag aku. Mana tau.., nak tulis sesuatu atau menanda senarai barang semasa membeli-belah.

Meskipun aku hanya seorang suri rumah, aku sentiasa ada pen untuk menulis sesuatu yang mungkin tiba2 keluar dari kotak minda tatkala berjauhan dari komputer. Tidaklah sia2 idea yang mencurah.

1 comment:

sicKo^ said...

ramai bebudak tulis macam ni skrang kat fesbuk.. Pen memang penting tapi suatu ketika dulu.. Skrang aku kerja, tak pakai pen langsung pun. Keboard jer :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...