Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Sebelum nak mulakan topik ni, mamy nak minta maaf cause dah beberapa hari tak update blog. Anak2 mamy ni terlampau aktif & kreatif. Dalam dorang main2 game kat pc, tup tup... tumpah air kat keyboard. Habih basah lenjun. Lain huruf yang ditekan len yang kuar. Hahahaha... sot le apa lagi.
Nasib baik en. hubby bawak balik laptop. Buleh lah update blog. Ok.... lets begin.
Hari ni nak bincang pasal GENDER... atau dalam BM nyer JANTINA. Hampir semua kata nama (nouns) terbahagi kepada dua jantina iaitu:-
a) Masculine - lelaki (untuk manusia) / jantan (untuk haiwan)
b) Feminine - perempuan (untuk manusia) / betina (untuk haiwan)
Topik ni mungkin nampak tak penting tapi ia boleh menambah vocabulary Bahasa Inggeris kita. Contohnya, bila kita nak huraikan pasal ayam bertelur.
Instead of using:-
The chickens are lying eggs.
We can use:-
The hens are lying eggs.
chicken = bermaksud ayam
hen = bermaksud ayam betina.
So, dalam kata lain GENDER membantu kita untuk menerangkan subjek dalam suatu ayat dengan lebih mudah, tepat dan pendek. Berikut ialah senarai beberapa subjek mengikut jantina yang biasa kita lihat dalam penggunaan seharian.
1) Human (manusia)
MASCULINE FEMININE MAKSUD
Boy Girl Budak lelaki, perempuan
Man Woman Lelaki, wanita dewasa
Father Mother Ayah , ibu
Uncle Aunt Pakcik , makcik
Brother Sister Abang/adik, kakak/adik
Nephew Niece Anak saudara
Bachelor Spinster Bujang, anak dara lanjut usia
Lord Lady Tuan, puan punya harta
Heir Heiress Pewaris
Headmaster Headmistress Guru besar
Steward Stewardess Pramugara, pramugari
Policeman Policewoman Polis
Hero Heroine Adiwira
Wizard Witch Ahli sihir
Author Authoress Penulis
Master Mistress Tuan , puan
King Queen Raja, permaisuri
Prince Princess Putera, puteri
Gentleman Lady Budiman
Sultan Sultanah Pemerintah
Widow Widower Duda, balu
Groom Bride Pengantin
Sir Madam Tuan , puan
Waiter Waitress Pelayan restoran
Boyfriend Girlfriend Teman
Husband Wife Suami isteri
Son Daughter Anak
Baba Nyonya Masyarakat peranakan di Melaka
2) Animals (haiwan)
MASCULINE FEMININE MAKSUD
Bull Cow Lembu
Billy-goat Nanny-goat Kambing
Dog Bitch Anjing
Stallion Mare Kuda
Buck Doe Rusa
Cock Hen Ayam
Boar Sow Khinzir
Drake Duck Itik
Drone Bee Lebah
Gander Goose Angsa
Ram Ewe Biri-biri
Tom Queen, Molly, Pussy Kucing
Jack Jenny Keldai
Blackback Empress Chimpanzee
Reynard Vixen Musang
Jack Jill Arnab
Lion Lioness Singa
Tiger Tigress Harimau
Macho Hembra Llama
3) Thing (benda)
MASCULINE FEMININE MAKSUD
Shirt Blouse Baju
Suit Dress Busana
Men's shoes Ladies's shoes/ pump Kasut
Baju Melayu Baju Kurung / Kebaya Baju Kebangsaan
Songkok Scarf Alas kepala
Dan banyak lagi...... Ah! ada satu lagi.... kalau nak beli minyak wangi, macam mana nak tau kalau minyak wangi tu minyak wangi untuk lelaki atau perempuan? Emmmm... kalau tak der tertulis "for men" atau "for women"?.....Hehehehe... Toksa kalut.... anda cuma perlu perhatikan perkataan2 ini:-
Pour Homme => untuk lelaki
Pour Femme => untuk wanita
Ini ialah perkataan Perancis yang biasa tertulis pada botol2 minyak wangi berjenama antarabangsa. So, sekarang ANDA TAHU!
Ok lah. Sekarang apakata.., anda cuba latihan di bawah ni. Lepas salin, tunjukkan kepada guru BI anda di sekolah nanti ya. Selamat mencuba.
Exercise 1
Change the nouns in bold from masculine to feminine. Then, rewrite the sentences.
1. His uncle met the headmaster in school yesterday.
_________________________________________________
2. The nephew of the king drove the new car last week.
_________________________________________________
3. The salesman took the drake for a walk.
_________________________________________________
4. Sir, would you like to buy a bull?
_________________________________________________
5. The bachelor caught the billy-goat.
_________________________________________________
6. The gentleman take his stallion for a ride.
_________________________________________________
7. The heir took his heirloom from his step brother.
_________________________________________________
No comments:
Post a Comment