Saturday, June 2, 2012

GRAMMAR: COMMON and PROPER NOUNS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Hah! Tajuk ni senang saja. Macam kacang. Kebanyakan orang boleh bezakan mana satu kata nama am (common nouns) dan yang mana satu kata nama khas (proper nouns). Tapi tak pe lah. Jom kita bongkar satu persatu ya. Semoga yang faham bertambah jelas dan yang malap menjadi lebih terang. Aparah... macam Sains la pulak.

Ok. Sebelum tyu kita mesti nak faham apa tu nouns?

NOUNS - merupakan perkataan yang digunakan untuk nama suatu benda, haiwan, orang atau tempat. Contohnya:-
* car    * boy    * rat   * spoon   * Kuala Lumpur


COMMON NOUNS - merupakan kata nama am yang merujuk kepada benda, orang, haiwan, tumbuhan dan tempat. Contohnya:-
* furniture   * girl   * fruit   * house   * table   * arm chair


PROPER NOUNS - merupakan nama istimewa atau khas untuk seseorang, tempat, bangunan, jalan, haiwan, tumbuhan, atau benda. Ia dimulai dengan huruf besar (capital letter). Contoh terbaik untuk kata nama khas ialah nama anda sendiri. Jom lihat  contoh2 lain:-
* Hidayati Mohamed   * Sumatera   * Petronas Twin Tower


* Taman Indah   * Jalan Petaling or Petaling Street


* Pak Belang   * Rafflesia   * Mount Kinabalu   * National Zoo


* Mathematics


Orait? Senangkan? Jom cuba soalan2 yang telah saya sediakan. Semoga berjaya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...