Thursday, June 14, 2012

BEBERAPA PUNCA KEMURUNGAN ISTERI. SUAMI PATUT AMBIL TAHU.

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Biasanya mamy menulis pasal subjek2 UPSR tapi malam ni terasa macam nak tulis pasal benda lain pulak. Kira nak tambah koleksi cerita diari lah ni.

Semakin panjang usia perkahwinan, semakin banyak usaha yang perlu dilakukan agar rumahtangga kekal bahagia. Namun semua itu bukan mudah untuk dilakukan. Percayalah... tidak mudah. Percaya atau tak kaum ibu / wanita sering dilanda kemurungan seiring dengan usia perkahwinan mereka. Gejala ini tidak memilih mangsa. wanita bekerjaya atau surirumah sepenuh masa. Namun mereka yang berstatus surirumah lebih merasa tekanannya. Mungkin berikut adalah antara puncanya:-

1. Merasa tidak dipeduli.
- Semakin lama usia perkahwinan, kebanyakan suami kurang bercakap atau bercerita dengan isteri. Sepatah ditanya sepatah jua yang dijawab. Ada kalanya, langsung tak bersuara. Cuma sekadar mengangguk, menggeleng atau mengangkat bahu. Bagaikan dah tiada cerita atau hal untuk dikongsi. Sekadar tengok tv, layan anak2 kejap, pas tu tido. Si isteri macam tak wujud walau berdiri atau duduk kat sebelah.
-Aisayman...cik abang.., tahukah anda? Isteri anda seharian dirumah melayan kerenah anak2. Ada kes sampai isteri memang tak ada kawan atau takda geng untuk meluah perasaan. Yang dia ada hanyalah suaminya. Kalau ada pun kawan dia, mungkin tak semua perkara akan diceritakan. Takut pulak akan memburukkan suami. Tahu tak macam mana perasaannya tu....SUNYI! Sunyi yang teramat sunyi! Mungkin orang lelaki cakap "apanya yang sunyi, kan ada anak2". Memang betul ada anak2 dan hari2 seorang ibu adalah ditemani anak2 sementara suami keluar bekerja. Tapi, adakalanya, si isteri teringin benar nak bersembang dengan suami tentang hal2 yang dia lalui seharian dan hal2 yang suaminya lalui pada hari itu.Bersembanglah dengan isteri anda kerana itu akan meredakan tekanan yang dia rasai.

2. Kurang berkomunikasi buruk padahnya...!
-Belaian saja tidak cukup, komunikasi antara suami isteri sangat penting agar tidak berlaku salah faham. Namun inilah yang biasanya dilupakan. Mungkin niat si suami tak nak menyusahkan hati isteri pasal masalah kerjanya atau pasal kengkawannya. Niat itu bagus tapi jangan sampai memakan diri sendiri. Kurang komunikasi akan memburukkan keadaan. Isteri anda bukan "penilik nasib" atau "pembaca minda". Jadi jangan pernah berselindung dengan niat tidak mahu menyusahkannya. Isteri mempunyai telinga yang baik untuk mendengar masalah atau rintihan suami. Jangan sesekali pandang rendah padanya hanya kerana dia surirumah. Anda mungkin terkejut bila mendengar saranan darinya yang mungkin berupaya merungkai masalah anda.

-Perbuatan anda yang seakan enggan bersembang dengannya, membuatkan dia tertanya-tanya. Bila dia tertanya-tanya mula lah dia menyiasat dari teman2 anda. Kalau kena yang baik takpe. Kalau kena yang batu api...Kan naya.

- Wanita dikurniakan rasa hati yang kuat. Dia boleh merasa sesuatu yang aneh pada suaminya atau suaminya telah menemui kebahagiaan lain. Sesetengah orang lelaki mengkategorikannya sebagai "cemburu buta". Walaweh...! Cuba fikir.., dari mana datangnya tu? Tentulah datang dari anda yang lebih banyak berdiam daripada bersembang dengan isteri. Kalau dengan kawan, bukan main lagi. Dari terbit matahari, sampai larut malam.., tak habis2 lagi ceritanya. Tak cukup jumpa, siap sms ajak keluar lepak. Bukan takat tu saja, ada suami yang lepas balik kerja, sambung jumpa kawan. Ada tu sampai anak2 dah tido baru balik rumah. Bukan sekali dua ya. Ada yang dah jadik kebiasaan. Jangan terkejut...ada yang tak perasan yang mereka lebih menghabiskan masa diluar bersama kawan dari bersama isteri. Si isteri dibiar terperap kat rumah ngan anak2. Alahai... cik abang.. korang tak pikir ke isteri anda confirm terasa dirinya sudah kehilangan modal atau sengat untuk menggembirakan anda atau cerita2 sudah terlalu basi untuk didengari atau berfikir yang anda dah bosan dengannya.
 
-Walaupun pada dasarnya anda tidak berniat untuk menyakiti perasaannya. Tapi sebenarnya kebisuan anda telah menjatuhkan keyakinannya terhadap rumahtangga yang dibina. Anda yang membuatkan dirinya jadi tak keruan, tertekan, berperasangka dan sebagainya. Sebab itu semua isteri mesti dekat pada yang Esa. Kalau tak cukup iman dan sabar.., banyak benda boleh jadi. Keputusan yang sering diambil...LARI. Pasal itulah yang sering berlegar dalam benak isteri2 yang kurang mendapat perhatian suami. Ayat yang sering lahir dari benaknya.." kalau tak pasal anak2, dah lama aku lari".  (Bahaya tu ya para isteri. Hukumnya nusyus.... sekadar peringatan)

3. Pujilah masakan isteri anda.
- "arkkk" lepas makan tu je yang kedengaran. Ada tu tak menyebut pun kalimah "alhamdulillah" jauh sekali nak puji. Kalau kurang garam ke atau tak sedap, cepat pulak kompennya. Jangan begitu cik abang. Isteri dah penat2 masak untuk anda dan anak2. Bila dia nampak suaminya makan bersungguh-sungguh hatinya berbunga gembira, tapi tertanya-tanya? Ini pasal sedap ke atau kes kelaparan? Pujilah.. bukannya susah sangat pun. Kalau anda boleh puji masakan gerai si anu bin si anu tu sedap... kenapa tak boleh puji masakan isteri sendiri. Dia masak ikhlas dengan penuh kasih sayang. Sebab itu, orang yang kerap makan air tangan isterinya, sihat walafiat. Badan menjadi. Tapi tulah, kebanyakan suami terlupa memuji masakan isteri atau berterima kasih pada isterinya. Isteri anda bukan robot. Dia sama dengan anda, gembira bila dipuji, sedih bila dihina, terguris bila dilukai. Sesungguhnya pujian anda membuatkan isteri anda terasa dihargai.

4. Bosan makan masakan sendiri.
- Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan tahun demi tahun.., isteri masak untuk diri dan keluarganya. Setiap hari dia tercari2 apakah resepi untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam untuk menambat selera suami & anak2. Adakalanya dia ketepikan apa yang dia nak makan kerana memikirkan selera suami dan anak2. Percayalah.., sampai satu tahap, si isteri bosan nak makan masakannya sendiri. Bermurah hatilah padanya dengan membantu dia masak atau bawa keluar makan pada hujung minggu. Kalau anda rajin belanja kawan.., pantang ni ader duit sikit.., mesti nak belanja kengkawan minum2.. Apa salah kalau belanja isteri minum2 ker makan2 ker. Kan elok. Takde lah isteri tu terasa terperuk je. Ni kalau nak ajak isteri.., amboi.., berat betul.

Sebenarnya ada banyak lagi penyebab kemurungan isteri. Isteri anda adalah GIRLFRIEND anda yang halal. Ketahuilah dalam banyak kes, isteri ialah pendamping terakhir semasa anda SUSAH atau SAKIT. Hargailah mereka dengan kasih sayang, belaian dan perhatian. Siti Hawa tercipta dari tulang rusuk Nabi Adam, memberi simbol bahawa seorang isteri itu sepatutnya dekat dengan hati suami. Dia patut dikasihani seadanya dan berhak dihormati selayaknya.


Wasalam.


15 comments:

Anonymous said...

Salam,setuju sangat..cuba suami berada kat tempat isteri tu,seminggu pun cukuplah,mati kutu di buatnya kan??

Anonymous said...

kalau suami tidak pandai meluahkan perasan (tidak byk berkomunikasi) padahal sangat sayang kepada isterinya.

Unknown said...

Para suami akan bace ker statement ni..... tah2 x perasan pun si isteri murung......

Anonymous said...

betul tu..walaupun saya kawin baru mencecah 6bulan..dah terasa macam apa yang dikatakan diatas..sedihnya..:(

Unknown said...

biasa la dh nama pun lelaki yg dye taw kepuasan atas katil,bila itu ini xbleh

Unknown said...

Setuju.. Tapi suami ada ke rasa nk amik tahu.mmg btl smpi 1 tahap rasa nk lari

Unknown said...

Sedihnya..sedih sangat..:'(

Unknown said...

1 day sy akn lari

PanjiSemarang said...

salam..

layan jer baca tulisan mamy ni. tajuk pun best. sekurang2nya mmberi peringatan pd kami si suami. benarlah mrk girlfren yg halal buat kita, cuma ada masa nya kita terlalai utk mghargai apa yg kita miliki.. hinggalah saat ia hilang.
thanks mamy 4 such a good article..

Unknown said...

saya dah merasainya.. walau baru 2 bulan kawen. sedih..takde tmpat mngadu. hnya dlm blik.. dn air mata.

Unknown said...

Sya dlm situasi ini skrg...aku akn angkut ank aku bw pergi..babai la ko

Unknown said...

Sya dlm situasi ini skrg...aku akn angkut ank aku bw pergi..babai la ko

avon&me said...

Ya Allah,sy pun rasa benda yg sama.pdahal baru berkahwin setahun..dia blk keje,dh mkn semua dia main game..kita dibiarkan mcm tu sahaja.dh penat main game terus tido..yg kita ni terkebil2 bosan x bole nk tido..sedih sgt..ini ke perkahwinan yg sebenarnya?sy lepaskn masa mida sy sebab dia beria2 nak kahwin dgn sy tp bila dh dpt sy,lnsg x peduli sy..sy tgk kwn2 seusia sy bljr dkt universiti ke sana ke mari bestnya rasa.sedih sgt.tempat mengadu pun tiada��

Unknown said...

Saya ingat cuma saya yang rasa ape yang terkandung diatas sana.. rupenye ramai isteri yang merasa... hurm... lumrah menjadi isteri.. doa banyak2 pada Allah semoga diketuk10x pintu hati suami2 untuk lebih menghargai isteri... bukan isteri tak faham yang suami penat berkerja tapi macam yang diperkatakan laa, lebih banyak masa bersama kawan dari isteri.. kadang2 rasa macam kita tak penting je..

mehayatt said...

Memang sedih sgt...saya baru setahun kawin...anak sorang...pun umur baru 2 bulan...blek keje terus main game...tak kesah pon kite nih mcm mane...lepas main game tido...tak tau laa ape yg dia fikir kan...kalau penat berkeja...saya pon berkerja jugak...tapi ade mase untuk dia dan anak....dia mcm xd mase langsung untuk anak dgn isteri dia ni...kalau kawan ws ajak lepak...dia terus je on...haihhh...ntah laa...tak tau ape lagi nak cakap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...