Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Hari ni kita nak bincang pasal satu topik yang ringkas tapi penting. Ia di panggil articles. Articles digunakan untuk merujuk satu benda (singular). Ia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu indefinate and definite articles.
INDEFINITE ARTICLES "A" AND "AN"
Digunakan untuk seseorang atau benda yang tidak pasti empunyanya atau unfamiliar. Ia terbahagi kepada 2 iaitu:-
"a" - digunakan untuk semua benda yang boleh dikira (countable noun) atau orang yang ejaannya bermula dengan huruf-huruf konsonan (b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w,x,y,z).
Contoh:
a car
a chair
a desk
a fan
a goose
a hen
a jackfruit
a kite
a boy
a lady
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian. Perkataan-perkataan yang mempunyai sebutan "yu" pada awal perkataan akan menggunakan "a"
Contoh:
a uniform
a unit
a university
a European
"an" - digunakan untuk semua benda yang boleh dikira (countable noun) atau orang yang ejaannya bermula dengan huruf-huruf vokal (a,e,i,o,u)
Contoh:
an orange
an orang utan
an eraser
an ice-cream
an umbrella
an aeroplane
Hah, yang ni pun ada pengecualian juga. Perkataan-perkataan yang bermula dengan silent "h" seperti hour, honest, honour turut menggunakan "an".
Contoh:
an hour
an honest boy
an honour
Contoh2 ayat:-
1. There is a blue car outside your house.
2. Grandmother told us an interesting story last night.
3. Mariam wants a new doll for her birthday.
4. I bought an orange and a banana to school today.
5. It will takes an hour to march from here to our school.
DEFINITE ARTICLE "THE"
Digunakan untuk benda-benda atau orang yang dikenalpasti. Ada beberapa penggunaan "the" dalam ayat2 Bahasa Inggeris. Jom kita perhatikan satu demi satu.
"The" digunakan:-
1. Untuk orang atau benda yang telah dikenal pasti.
Contoh:
- The man walking behind you is my uncle.
- The lady in pink dress is my mother.
2. Untuk menyebut hal seseorang atau benda buat kali kedua.
Contoh:
- I baked a cake. The cake is delicious.
- A girl was seen sitting alone on a bench under the tree. The girl was wearing a pink baju kurung.
3. Untuk benda2 yang hanya ada satu sahaja dari jenisnya.
Contoh:
* The sky
- The sky is clear today.
* The sun
- The sun shines brightly during the day.
* The moon, the earth, the star
4. Sebelum nama sesuatu negara, negeri, gurun, laut, sungai dan lain-lain.
Contoh:
- We went to the Philippines for a holiday.
- Kuantan is the capital of Pahang Darul Makmur.
5. Menunjukkan kata banding "paling" atau "ter" (the superlative adjective)
Contoh:
- Sunita is the most beautiful girl in my class.
- Hang Tuah is the greatest hero in our history.
- Jun Yi is the fastest runner in our team.
Itu je... senangkan. Ia ringkas tapi sangat penting untuk melengkapkan ayat anda. Ayat2 berikut menunjukkan kesilapan2 yang biasa dibuat :-
1. I want to be doctor => SALAH
=> I want to be a doctor.
2. Nicholas is Head Prefect at school = SALAH
=> Nicholas is the Head Prefect at school.
3. The policeman wears blue uniform. = SALAH
=> The policeman wears a blue uniform.
4. When I was little boy, I had collection of toy cars. = SALAH
=> When I was a little boy, I had a collection of toy cars.
5. It looks like it is going to rain. Take a umbrella with you. = SALAH
=> It looks like it is going to rain. Take an umbrella with you.
Selamat mengulangkaji.....
No comments:
Post a Comment