Wah.. sedar tak sedar, kita dah berada hampir di penghujung bulan Mac 2014. Kejap je masa tu berlalukan. Bukan tu je, cuti sekolah pun dah bermula. pasti ramai yang dah planning nak jalan2 ngan famili atau anak2 yang duk asrama tak sabar nak balik rumah. Apa pun rancangannya, mami harap semuanya berjalan dengan lancar.
Petang ni mami nak share satu resepi mudah.. Peanut Butter buatan sendiri. Ye lah kan.. la ni, harga peanut butter pun dah mahal dan kita tak tau berapa banyak bahan pengawet yang ada dalam mentega kacang yang kita beli tu. Bukan tu je, kalau nak beli peanut butter sila tengok dulu..kat mana ia di buat. Sebab tanpa kita sedari, kita mungkin telah membeli produk peanut butter yang dikilangkan di China. Ha.. jangan sangka jenama cikai2 tu ye.. jenama mahal dan terkenal pun ader yang dikilangkan di China. Memula dulu mami memang tak peduli semua ni.. janji peanut butter tu branded kira ok lah tu.. La ni bila dah tau.., mami dah mula was-was + ragu-ragu.. walaupun ada tanda HALAL kat situ. So, before beli make sure korang check dulu kat mana ia dikilangkan.
Didorong oleh rasa was-was + ragu-ragu ni.. mami ambil keputusan untuk try buat Peanut Butter sendiri. Hasilnya.. rasa mentega kacang yang amat lazat, setanding dengan yang dijual kat supermarket tu. Paling penting mami lega sebab anak2 sukakannya dan hasilnya pun banyak
Ni lah rupa mentega kacang yang mami buat tu.
Ok ni resepinya ya..
Bahan yang diperlukan
300gm kacang tanah (goreng tanpa minyak dan buang kulit)
*nak pakai kacang siap kupas kulit pun boleh ye. Janji kena goreng tanpa minyak dulu ya. Kalau nak bakar dalam oven pun boleh.
50ml madu / susu manis
250g butter unsalted (cairkan)
2 cubit garam
*butter boleh ditukar dengan majerin atau minyak kacang
Cara:-
1. Masukkan kacang ke dalam food processor dan putar hingga hampir halus. Kalau nak pakai blender pun boleh, cuma blender tak sekuat food processor so kena buat sikit2.
2. Masukkan mentega cair / minyak dan garam. Putar lagi selama 3 - 4 saat.
3. Masukkan madu / susu manis. Putar hingga kacang halus.
** Kalau nak mentega kacang kasar atau chunky gitu, asing sedikit kacang sebelum masukkan ke dalam food processor. Masukkan baki kacang ni selepas step ke 3 & tekan butang "pulse" 2 kali.
Dah siap. Mudah kan. Rasanya pun amat yummy..
Rajin pulak anak2 bawak bekal peanut butter sandwich ke sekolah. Tak sampai bape hari... dah habis sebalang dan setengah tapau mentega kacang mami ni.. emmm... agaknya.. berapa kilo kacang nak buat ye baru cukup ye? Kuang,kuang,kuang...