Friday, April 11, 2014

Disney's Frozen "Let It Go" Sequence Performed by Idina Menzel



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Petang ni saje nak share video klip runut bunyi LET IT GO.. che.. macam serious je bunyi dier kan..  soundtrack.. filem animasi Disney FROZEN.. 

Ramai yang tau lagu ni kan. Mami personally memang suke lagu ni. Siap jadi ringtone lagi.. wah nak promot la tu... Takde lah, mami suke lagu ni sebab lirik dia bagi tau kita untuk percaya dengan kemampuan diri sendiri dan takde sorang pun in shaa Allah yang boleh bendung potensi diri kita kecuali kita benarkan.

Pada yang nak nyayi sekali tapi tak tau lirik, toksa risau.. kat bawah tu mami sediakan.. enjoy..

The snow glows white on the mountain tonight,
Not a footprint to be seen.
A kingdom of isolation
And it looks like I'm the queen.


The wind is howling like this swirling storm inside.
Couldn't keep it in
Heaven knows I tried.

Don't let them in, don't let them see.
Be the good girl you always have to be.
Conceal, don't feel, don't let them know.....
Well, now they know...!

Let it go, let it go!
Can't hold it back any more.
Let it go, let it go!
Turn away and slam the door.

I don't care.. what they're going to say.
Let the storm rage on.
The cold never bothered me anyway.

It's funny how some distance,
Makes everything seem small.
And the fears that once controlled me,
can't get to me at all...

It's time to see what I can do,
To test the limits and break through.
No right, no wrong, no rules for me.
I'm free....!

Let it go, let it go.
I am one with the wind and sky.
Let it go, let it go.
You'll never see me cry.

Here I'll stand.. and here I'll stay.
Let the storm rage on...

My power flurries through the air into the ground.
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I'm never going back...
The past is in the past...!

Let it go..., let it go.
And I'll rise like the break of dawn.
Let it go..., let it go
That perfect girl is gone
Here I stand...., in the light of day.

Let the storm rage on....!
The cold never bothered me anyway!

Wednesday, April 9, 2014

KAKI AYAM OH KAKI AYAM... MASAK KICAP PUN SODAP

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Ada orang suke makan kaki ayam ada pula yang langsung tak boleh masuk tekak.. belum sampai tekak, pandang je pun dah geli. Biasalah.. lain orang lain seleranya..

Kat rumah.. cuma suami dan kak ngah Jaja (anak mami) je yang tak layan kaki ayam. Yang lain memang penggemar hidangan kaki ayam terutama sekali c bungsu Ebby.., tak kiralah sama ada di masak sup, masak lemak, goreng tepung atau masak kicap ala Cina. . Kalau bawak c Ebby ni p belanja kat supermarket, dia pasti akan ke bahagian frozen dan tunjuk kaki ayam.. suh beli lah tu.. hehehe..


ni lah Ebby (Nur Qaseh Ayiesha)

So, semalam akak sediakanlah masakan favret budak kecik yang tak berapa nak kecik ni.. 

Ha.. ni lah dia.. Kaki Ayam Masak Kicap ala Cina. 

Resepi ni mudah je tapi kena masak awal tau sebab proses penyediaan mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam setengah ke 3 jam dan ada langkah keselamatan. Sebab masa nak goreng kaki ayam tu.., punyalah dasyat.. dapur kita tu macam medan tempur. Tapi, hasilnya memang berbaloi bagi penggemar masakan ni. Ok, jom kita tengok bahan-bahannya dulu ye.

FASA 1 (PERAP, GORENG DAN RENDAM)
Bahan Perap:-
12 pasang kaki ayam (bersihkan dan buang kuku, kemudian belah 2)
3 sudu makan kicap pekat
Setengah sudu teh serbuk lada putih
Minyak untuk menggoreng.

cara:-
1. Campur semua bahan kecuali minyak dan perap selama setengah jam.
2. Sediakan kuali / presure cooker. Masukkan minyak dan terus masukkan ayam yang dah di perap tadi. Pastikan semua kaki ayam tenggelam. Tutup. Goreng dengan api sederhana. 
3. Goreng ayam hingga betul2 garing tau. Bukan setengah masak ke aper.. mesti..WAJIB GARING baru resepi ni menjadi.. che..


PERINGATAN:- JANGAN TUNGGU MINYAK PANAS BARU NAK MASUK KAKI AYAM! Konfirm meletup sana sini tu. Kalau nak balik2 kan ayam, SILA KECILKAN API & TUNGGU LETUPAN MINYAK KAT DALAM KUALI REDA. Ha barulah selamat.  

4. Lepas angkat terus masukkan kaki ayam tadi ke dalam bekas berisi air. macam gambar kat bawah ni. Kalau paip je.. kalau ader air tapis lagi elok sebab mami rendam kaki ayam ni ngan air tapis. Ni nak kena rendam selama 1 jam.


Ha.. ni lah rupa dia bila dah direndam.. kembang dan berkedut. Tu yang mahal tu.. hehehehe.. Lepas ni boleh lah mula masak kicap ala Cina kita tu.

FASA 2 (TUMIS BERKUAH, HIDANG DAN MAKAN....hihihi)

Bahan2:-

Kaki ayam yang dah siap digoreng dan direndam.
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 inci kulit kayu manis
Sedikit serbuk lada putih
sedikit cuka / pati asam jawa (mana2 guna pun sedap ye)
1 1/2 cawan air
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air)
Garam, gula dan perasa (secukup rasa)
Minyak untuk menumis.

Cara2:-

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian tumis hingga wangi.
2. Masukkan kulit kayu manis dan tumis lagi.
3. Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada putih. Tumis sebati.
4. Masukkan air dan kaki ayam. Biarkan ia mereneh selama 5 minit. Masa ni ruang dapur anda punyalah wangi.. wangi yang sunggu menambat selera.
5. Masukkan cuka, garam, gula dan perasa.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung sambil kacau supaya kuah kicap kita pekat.
7. Biarkan kuah mereneh sebentar. Tutup api dan hidangkan.

Senang je kan.. ok semua,, selamat mencuba.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...